Review Lakorn: The Sand Princess (2019)

Review Lakorn: The Sand Princess (2019)

Title : The Sand Princess
Episodes : 14
Duration : 45 minutes
Cast : Baifern Pimchanok, Dan Worrawech, March Chutavuth


The Sand Princess mengisahkan kehidupan Kodnipa/Kot seorang anak yatim yg melakukan pelbagai kerja sambilan untuk menampung yuran pengajian di universiti. Semasa di universiti Kot berkenalan dengan Jirapat, anak orang kaya yg popular di kampus, menjadi kawan baik Ji seperti mimpi indah dalam hidup malangnya semua itu hanya sementara apabila Ji mempergunakan Kot untuk melakukan pelbagai kerja termasuklah assignment Ji.

ikutkan hati, Kot rimas juga apabila terasa dirinya seperti hamba lelaki itu tapi bila memikirkan upah yg dia dapat, Kot buat juga. pendek cakap Kot ni macam mata duitan sikit, kalau ada duit semua kerja jalan.


selepas tamat universit, Kot rasa lega sebab dah bebas daripada jadi hamba kerana Ji menyambung pelajaran di luar negara. tapi setahun selepas itu, Ji tertiba balik ke thailand bagitahu dia dah bosan belajar di luar negara. belum sempat Kot nak hadam cerita Ji mereka dikejutkan pula dengan kehadiran  bayi yg diletakkan di hadapan rumah Kot bersama surat yg memberitahu anak itu kepunyaan Jirapat. mereka menjadi panik dan tidak tahu apa yg perlu dilakukan dengan bayi tersebut.

Ji membuat keputusan untuk mengupah Kot untuk menjadi ibu kepada anaknya tapi Kot tak bersetuju lalu Ji hendak menghantar bayi tersebut kepada anak yatim sebab kalau abang dan maciknya tahu hal ni memang teruk la dia kena. akhirnya Kot setuju untuk menjaga bayi tersebut sebab tak sanggup nak tengok bayi itu dihantar ke rumah anak yatim.

sepanjang dua tahun menjaga Moji, hidup Kot memang dah gaya macam ibu tunggal sebab dia kena uruskan semua benda berkitan Moji. Ji pula bersikap lepas tangan dan boleh kira berapa kali sangat dia melawat Moji, nak minta tolong jaga sekejap pun macam-macam alasan dia bagi. hampeh betul Ji ni.


Kirakon/Ki pula jiran kepada Kot, dia rasa kesian juga pada Kot yg membesarkan anak seorang diri. ada satu insiden terjadi yg menyebabkan hubungan mereka menjadi rapat. nak dijadika cerita Ki juga abang kepada Ji, bila Ki tahu yg Ji ialah bapa Moji memang dia mengamuk lagi pula Ji sekarang dah bertunang dengan Aff seorang model terkenal dan bapa Aff pula antara pelabur terbesar dalam syarikatnya. kalau berita Jirapat ada anak tersebar memang lingkup syarikat Ki.

untuk mengelak masalah lebih besar berlaku, Ki mengajak Kot berkahwin dalam erti kata lain mengupah Kot menjadi isterinya dan beritahu kepada semua orang yg Moji adalah anaknya bersama Kot.


ingatkan selepas Ki berkahwin dengan Kot semua masalah akan selesai tapi tak juga time ni tertiba hubungan Ji dan Aff berantakan sebab Ji mula tersedar perasaan dia pada Kot dan cuba mendapatkan balik Kot. Aff pun bila tahu Ki kahwin mulalah nak mengacau rumah tangga Ki,yg sebenarnya Aff ni dulu girlfriend Ki tapi curang buat benda tak senonoh dengan Ji. menyampah perempuan ni, abang nak adik pun nak memang jenis tamak.

hubungan Ki dan Kot memang pada awalnya cuma lakonan tapi lama kelamaan masing-masing dah simpan perasaan antara satu sama lain. apa yg akan jadi pada hubungan mereka? nak tahu kenalah tengok, drama ni ada di youtube. drama ni kelakar tau cuma kat hujung-hujung tu ada sikitlah babak sedih tapi overall memang best layan, aku suka tengok Dan berlakon dengan Baifern sekali ada Moji ni memang comel.

kalau nak cari kelainan dalam drama thai boleh tengok drama terbitan GMMTV sebab jalan cerita dia lebih fresh dan moden, lari sikit daripada lakorn channel lain yg agak tipikal dan klise. cuma drama gmmtv ni kurang menjadi favourite sebab mereka banyak guna pelakon baru so sometime aku ada isu dengan kualiti acting pelakon tapi bila gmmtv ambil pelakon senior macam ni baru rasa best sikit nak layan.

18 comments:

  1. nampak cam complicated tapi macam kelakar.boleh tengok ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. orang ketiga tu yg complicated sikit tapi cerita dia best..haha

      Delete
  2. Eh perempuan tu yang belakon dalam a little thing called love tu kan .? Confirm best cite nie . Nak terus download la . . Sebab suka lakonan dia dalam cerita a little thing called love tu .

    ReplyDelete
  3. Best gak sekali sekala layan cite thai

    ReplyDelete
  4. boleh tahan best jalan cerita dia. Plus pelakon semua segakkkk!haha

    ReplyDelete
  5. Ceritanya menarik tapi kurang sikit nak layan sebab drama Thai..
    sekarang tengah dok layan drama dari China.. hehehe

    ReplyDelete
  6. Lama tak tengok drama Thai, kalau arwah ibu ada, habis semua jenis drama saya tengok.
    Yang ni nampak macam best, last drama Thai yang saya tengok dah lupa tajuk tapi best jugak.

    ReplyDelete
  7. Dah lama tak tengok drama Thai. Zaman dulu layan movie Thai yg musim cerita seram Thai tu huhu. Tapi cerita ni maca menarik jugak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes, dulu memang ada musim cerita seram thai, memang seram tapi sekarang malas nak layan cite seram..hehe

      Delete
  8. Mcm best cerita ni.. sbb ending pompuan ni mesti dpt lelaki yg terbaik dlm hidup dia. Suka suka

    ReplyDelete
  9. wuu tak sabar nak tonton weekend nanti, mesti tak kering gusi tengok drama thai.

    ReplyDelete
  10. menarik jg jln ceritanya. lain drpd yg lain. tp tu laa bila pelakon baru, mood sy swing sket. kalau pelakon dah dikenali rs bersemangat laa sikit nk ikuti smpi habis hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah..pernah terkena dulu sebab tu bila tengok muka tak kenal malas nak tengok tapi kalau pelakon yg kita kenal ni baru bersemangat sikit..hahaha

      Delete
  11. eh pelakon perempuan ni saya suka! dah dua filem yang dilakonkannya saya tengok. terima kasih atas review drama ni. sekarang ni macam susah nak mencari masa untuk tonton drama :)

    ReplyDelete
  12. Macam best pulak dengar sinopsi cerita ni.. Hehehe.. Jarang layan cerita thailand.. Tapi tau cerita thai ni mmg best.. Boleh la download nanti

    ReplyDelete