Drama Turki | Relationship: Its Complicated (TV2)

Drama Turki | Relationship: Its Complicated (TV2)

Slot Lavender TV2 kembali dengan drama Turki terbaru bertajuk Relationship: Its Complicated  mengantikan drama Forever Bound. aku pun tak perasaan dah ada drama Turki baru sebab sekarang petang-petang melayan drama thai Switch di TV3.


TV2 selalunya suka tayang drama Turki yg serius yg banyak konflik, stress juga nak tengok so sekali sekala bawa drama rom-com baru best sikit cuma heronya tak hensem sangat macam hero dalam drama Forever Bound..hehe

Drama Turki | Relationship: Its Complicated (TV2)

Drama : Relationship: It's Complicated
Tajuk Asal : İliski Durumu: Karısık
Slot : Lavender TV2
Masa : Isnin-Jumaat | 6.00 Petang
Pelakon : Seren Sirince, Berk Oktay, Ed Ece, Pamir Pekin

Relationship: Its Complicated sebuah drama remake daripada drama korea Full House mengisahkan Aysegul yg bekerja sebagai seorang penulis dan tinggal sendiri di rumah peninggalan orang tuanya. Asyegul bercuti ke Greece kerana memenangi cabutan bertuah dan apabila sampai di sana baru dia sedar yg dia kena tipu dengan kawan baiknya.

kebetulan pula Asyegul terjumpa seorang pelakon terkenal bernama Can Tekin semasa di Greece so Asyegul terpaksa meminjam duit daripada Can untuk membayar duit hotel dan membeli tiket flight untuk pulang ke Istanbul. kemudiannya apabila Asyegul tiba di rumah, dia mendapati rumahnya telah dijual dan pemilik sekarang ialah Can Tekin. banyak perkara terjadi antara mereka sehingga Can membuat keputusan untuk kahwin kontrak dengan Asyegul.

Drama Turki | Relationship: Its Complicated (TV2)

sebenarnya banyak drama Turki yg remake daripada Drama Korea, selalunya versi Turki best juga tengok sebab dia ada tambah sikit supaya jalan cerita nampak lagi cantik dan lebih menonjol budaya Turki dalam drama mereka. cuma penat juga nak follow sebab episodnya lagi panjang.

11 comments:

  1. iTu je la tak larat. episode berjela.. ^^

    ReplyDelete
  2. Rajin diorang remake drama korea ye.. tapi sebab tv telah dikuasai anak-anak, maka maknya mampu baca review jelah.. hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. diorang memang rajin remake drama korea. biasalah budak2 akak cuti ni tengok tv je la.. harap sabar ye..hehe

      Delete
  3. mek sekali sekala je layan drama turki ni kat tv2. yang lain tak pernah lagi layan. huhu. tapi turki best tengok pemandangan deme. cantik. salah satu negara yang mek nak pergi after mekah. nak solat kat masjid biru tu. cantiknya oiii. tapi kena banyak duit sikit lah nak pergi sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tengok dalam drama pun dah rasa nak pi sana, cantik sgt view kat Turki. samalah mek masuk dalam wishlist juga istanbul ni..hehe

      Delete
  4. Istanbul 🇹🇷 😁👍

    ReplyDelete
  5. Ada link x nak tgk drama turki..

    ReplyDelete
  6. sy pn suka gak lyn drama turki..tp x pnah tgk btl2 habis pn lg..ngee..tp sy suka drama ask laftan anlamaz dgn bizim hikaye..kan best klu ditayang kt tv2..he3

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn..banyak drama turki best tapi tak tahu kenapa tv tayang drama turki yg bosan. part tengok sekerat betul juga, banyak drama turki saya tengok sekerat juga sebab masalah subtitle sekarang dah malas nak mencari, tengok drama yg kat tv je..hehe

      Delete