Drama | Gunting The Series (2018)


Telefilem Gunting sebuah drama Singapura yg ditayangkan pada tahun 2017 dan pada tahun berikutnya Gunting kembali dalam bentuk drama kerana mendapat sambutan daripada penonton. 

Gunting The Series sangat pendek cuma ada 10 episode sahaja yg berdurasi 25 minit setiap episode. antara pelakon Gunting ialah Taufik Batisah, Hisham Hamid, Fir Rahman, Adlina Adil dan ramai lagi pelakon popular Singapura.


Telefilem Gunting mengisahkan Taufik yg bekerja sebagai hair stylist di Los Angeles kembali ke Singapura untuk menjaga bapanya. Hisyam yg juga kawan baiknya mengajak Taufik membuka sebuah kedai gunting rambut memandangkan Taufik tak ada kerja dan mereka memberi nama kedai mereka sebagai Solihin & Son Barber.

dalam telemovie ni cerita dia lebih kepada konflik Taufik dengan bapanya. Taufik ni belajar engineering tapi lepas habis belajar dia jadi tukang gunting rambut nak ikut jejak langkah bapanya tapi pacik Solihin pula mahu anak dia jadi engineer. konflik Taufik dengan pacik Solihin ni dapat diselesaikan dalam telemovie so bila masuk drama hubungan mereka dah baik, dah boleh duduk bersembang semeja. 


dalam Gunting The Series pula kedai gunting Solihin & Son semakin berjaya dan mendapat sambutan masyarakat, mereka mempunyai produk rambut sendiri dan menggunakan sistem digital seperti cashless payment dan booking system dalam perniagaan mereka. 

Zikri pula tukang gunting rambut yg menyambung legasi kedai arwah bapanya dan sekarang dia berhadapan masalah untuk membayar duit sewa kedai yg tertunggak. masalah Zikri dia tak nak ikut arus kemodenan yg disaran kerajaan, masih lagi nak ikut cara old school.

Suatu hari, kedai Taufik kena sabotaj dan terus tmenuduh Zikri kerana pada waktu tersebut, Hisyam mempunyai hubungan istimewa dengan adik Zikri. ternyata tuduhan tersebut salah dan Taufik cuba meminta maaf namun Zikri menolak dan mencabar Taufik untuk masuk satu pertandingan gunting rambut.


dalam masa yang sama Taufik dan Adi dah buat keputusan untuk berkahwin dan banyak perancangan mereka antaranya beli rumah baru. ada konflik yang berlaku apabila Adi mahu beli rumah flat sesuai dengan bajet dan kemampuan mereka sekarang tapi Taufik pula nak duduk kondo.

dalam telemovie Gunting watak Taufik ni nampak cool je tapi bila masuk drama perangai dia agak annoying. bila Adi buat plan kahwin, Taufik tak ambil serius tak tahu la kalau masih merajuk lagi sebab tak dapat kondo lepas tu memanjang bagi alasan sibuk dengan kedai. 


Gunting juga satu projek kerjasama dengan kerajaan Singapura so bila tengok drama ni jangan terkejut bila mereka asyik sembang pasal program yg pemerintah Singapura sediakan untuk rakyat mereka seperti program penukaran kerjaya, business digital dan juga tentang jual beli rumah. maybe bagus juga untuk rakyat Singapura alert mengenai program yg ada.

plot dia menarik tapi simple sangat sebab setiap episode nak kena selitkan mesej daripada pemerintah so dalam 20 minit agak terhad nak kembangkan plot yg ada. main objektif dalam drama ni macam nak bagitahu kalau kau ikut program yg kerajaan sarankan korang akan berjaya macam Taufik tapi kalau nak buat bisnes ikut Zikri guna cara orang lama korang takkan berjaya, nampak tak macam mana drama ni nak brainwash orang.

overall, best juga tengok lagipun drama ni sangat pendek, dialog pun best cuma satu la bila ada mesej kerajaan tu penat juga aku nak dengar. kalau berminat boleh tengok drama Gunting The Series di Youtube.

7 comments:

  1. telemovie still duduk dalam watch later list dekat youtube account hahahah asal nak tengok je mesti malas tu datang

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah dah lama nampak drama ni kat youtube baru sekarang rasa nak tengok..hehe

      Delete
  2. macam nak cuba tengok telemovie dia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. try la tengok, telemovie dia best.. drama ni macam kureng sikit la tapi boleh la kalau nak layan..hehe

      Delete
  3. Drama Singapura pun best jugak kan?
    .
    Nice review as always! ^_^

    ReplyDelete