Review Novel: Kembali Mencintai oleh Syamnuriezmil

Review Novel: Kembali Mencintai oleh Syamnuriezmil

Novel : Kembali Mencintai
Penulis : Syamnuriezmil
Helaian : 880
Penerbit : Karya Seni
Terbitan : December 2018

isu utama dalam novel ini tentang nikah taklik. selalu dengar pasal cerai taklik ni first time dengar pasal nikah taklik. sewaktu setuju nak kahwin Thiya letak syarat taklik tambahan pada Tengku Faal sebab dia rasa insecure takut Tengku Faal buat perangai buaya. Thiya ni ada malasah trust isu dengan Tengku Faal walaupun lelaki ni dah berusaha tunjukkan yg dia bukan seperti apa yg orang lain gambarkan.

nikah taklik ada kebaikan dan keburukan juga, kebaikannya boleh melindungi hak isteri sekiranya suami buat perangai seperti menikah lagi satu. keburukannya pula macam kes Thiya, dia buat satu lagi syarat yg bagi aku syarat tu kurang jelas iaitu jatuh talak sekiranya suami dia ada hubungan atau berdua-duan dengan perempuan lain so ada pihak yg ambil peluang guna syarat ni untuk runtuhkan rumah tangga Thiya dan Tengku Faal. sebelum buat sebarang keputusan kena fikir masak-masak juga dan syarat tu biar jelas contohnya jatuh talak kalau laki kau menikah perempuan lain, takdelah nak menyesal kemudian hari.

novel Syamnuerizmil kali ini memang best, aku suka dengan Tengku Faal sekali dah jatuh cinta bukan kemain romantik dan gentleman cuma masalahnya sang heroin suka sangat main tarik tali dan jual mahal, sabar je lah.

sebenarnya konflik dalam novel ni tak banyak sangat pun tapi ceritanya jadi panjang sebab heroin jenis kalut dan suka berdrama, aku rasa penat juga nak habiskan novel setebal 800 muka surat ni.

4 comments:

  1. novel novel tulisan syamnuriezmil memang best best.. novel ni belum ada peluang lagi nak baca..

    ReplyDelete
  2. kalau jadi thiya pun buat benda yang sama sebab takut punya pasal. Dapat yang tengku handsome kaya pun susah jugak sebab insecure kemain.

    ReplyDelete
  3. Panjang juga novelnya.. 800 lebih tapi tak banyak konflik.. Menarik juga bila penulis masukkan pasal nikah taklik tu..

    ReplyDelete