Drama China | Legend Of Yun Xi (2018)


Title : Legend of Yun Xi
Director : David Liu
Screenwriter : Jin Yuan Yuan
Episode : 48
Duration : 45 minutes
Cast : Ju Jing Yi, Zhang Ze Han, Yalkun Merxat, Lin Sin Yi, 
Wang You Shuo, Justin Zhou, Xu Jia Qi

Legend of Yunxi sebuah drama yg menarik dan diadaptasi daripada novel Poison Genius Consort yg ditulis oleh Jie Mo mengisahkan Han Yunxi yg berkahwin dengan Duke of Qin atas perintah diraja.


Long Fei Ye yg juga digelar Duke of Qin ialah adik kepada Raja Tian Ning, seorang general yg terhormat dan dipandang tinggi kerana selalu berperang di barisan hadapan dan membawa kejayaan yg besar kepada Tian Ning. 

namun kejayaan beliau tak disenangi oleh Raja Tian Ning lalu Queen Dowager menjodohkan Long Fei Ye dengan Han Yun Xi, gadis yg mempunyai parut di muka dengan tujuan menjatuhkan imej Long Fei Ye.


Han Yun Xi berasal daripada keluarga yg pakar tentang perubatan dan bapanya merupakan ketua tabib diraja. Han Yunxi digelar hodoh kerana parut di mukanya, biasalah zaman tu kalau ada parut di muka dikira macam taboo juga la tapi parut tu dapat dipulihkan sebelum dia berkahwin. 

tujuan utama Queen Dowager menjodohkan Han Yun Xi dengan Long Fei Ye ialah untuk menjadi pengintip, Han Yunxi bersetuju kerana Queen Dowager mempunyai makumat ibunya yg telah hilang 10 tahun yg lalu. Han Yunxi mempunyai kepakaran dalam merawat pelbagai jenis racun.


perkahwinan mereka ini cuma di atas kertas sahaja kerana Long Fei Ye tahu tujuan sebenar Queen Dowager menghantar Han Yunxi adalah untuk menjadi pengintip. makin lama kenal dan setelah melalui banyak rintangan bersama Fei Ye mula percaya dan jatuh cinta pada Yun Xi. 

Han Yunxi juga sebenarnya dah jatuh cinta denga Long Fei Ye tapi dia rasa bersalah juga sebab jadi spy dan disebabkan tak nak khianat Fei Ye, Yun Xi terpaksa kelentong Queen Dowager. 

aku suka tengok interaction antara Long Fei Ye dan Han Yunxi comel sangat. Fei Ye seorang yg serius dan tegas manakala watak Yunxi pula jenis yg playful dan agak naif. setiap kali Yunxi ditimpa masalah atau dibuli, Fei Ye akan muncul untuk menyelamatkan keadaan dan melindungi Yunxi.


konflik drama ini bermula apabila Dinasti Qin Xi digulingkan, tanah Qin Xi telah terbahagi kepada tiga bahagian iaitu Tian Ning, Western Qiu dan Northen Li. kerajaan Qiu dan Li telah menjadi lemah apabila mereka kalah dalam peperangan dengan Tian Ning lalu dua kerajaan bergabung membuat pakatan secara rahsia untuk menjatuhkan Tian Ning.

walaupun luaran Tian Ning nampak kuat tapi Tian Ning juga mempunyai konflik dalaman yg kritikal. semua ini berpunca daripada Raja Tian Ning yg merasa kedudukannya tergugat kerana kejayaan Long Fei Ye di medan perang jadi bermulalah rancangan raja untuk menjatuhkan Long Fei Ye.

apa yg boleh komen, raja ni terlalu pentingkan diri sendiri sampaikan sanggup korban anak sendiri untuk mencapai matlamat tapi padan muka juga bila anak sendiri memberontak nak jatuhkan dia pula. moral story disini, apabila seorang raja terlalu pentingkan kedudukannya daripada kebajikan rakyat maka porak peranda negara itu.


Queen Dowager, bonda kepada Raja Tian Ning. kalau anak jenis gila kuasa, maknya pun apatah lagi. semua benda boleh dikatakan berpunca daripada Queen Dowager yg tamak. sewaktu Long Fei Ye dilahirkan, dia buat cerita yg Fei Ye pembawa malang dan hasut raja untuk buang anak itu. Long Fei Ye kembali semula ke istana sewaktu berusia 10 tahun dan sejak itu dia meragui identiti sebenar Long Fei Ye.

tujuan utama Queen Dowager menjodohkan Han Yunxi dengan Long Fei Ye ialah untuk mencari bukti identiti sebenar Long Fei Ye dan juga kelemahan lelaki itu. malangnya Han Yunxi berpaling tadah hingga menimbulkan kemarahan beliau tapi Queen Dowager tak boleh nak buat apa juga sebab Han Yunxi dilindungi Long Fei Ye dan mak mertuanya.


Gu Qi Shou pula hero kedua dalam drama ni, dia ni pakar dalam membuat racun dan penawar tapi identiti sebenarnya ialah putera Northen Li. Qi Shou pernah bertemu Yun Xi sebelum gadis itu berkahwin dan tertarik dengan kepakaran Yun Xi 

Qi Shou kecewa apabila mengetahui Han Yun Xi telah berkahwin dengan Duke of Qin. namun begitu Qi Shou mengambil peluang ini untuk mendekati Han Yunxi dan seterusnya mengorek rahsia mengenai Long Fei Ye.

aku tak suka sangat dengan watak QiShou ni sebab dia ada motif lain berbaik dengan Han Yunxi, dalam masa yg sama nak megorat Yun Xi walaupun tahu status Yunxi. tahap suka dia macam terlebih obsess pula.


second couple dalam drama ni. Long Fei Ye dan Tang Li pernah menuntut ilmu dengan bapa Ningjing, start dari situ Ningjing suka pada Tang Li dan perkahwinan mereka telah diatur tapi majlis itu terpaksa dibatalkan kerana pengantin lelaki melarikan diri. NingJing ni memang comel sgt sebab dia yg mengejar Tang Li dan kerana perangai dia yg agak memaksa itu meyebabkan Tangli merasa rimas dan mereka selalu bergaduh.

Ningjing menjadi kawan baik Yunxi dan selalu memberi nasihat dan sokongan supaya hubungan Yunxi bertambah rapat dengan Fei Ye. lain pula dengan Tangli apabila dia merasakan Yunxi tidak sesuai dengan Feiye dan selalu mencari jalan untuk memisahkan mereka. seriusly diorang ni memang comel sebab kerjanya asyik bergaduh je tapi last sekali berkahwin juga.


kisah Han Yunxi dan Long Fei Ye memang menarik tapi perjalanan hidup mereka sebenarnya banyak halangan dan rintangan lebih-lebih lagi Long Fei Ye ada tanggungjawab besar untuk menjaga rakyat dan negaranya. 

ada juga masa mereka terpaksa berpisahkan kerana Long Fei Ye tidak mahu Yunxi menjadi sasaran musuhnya tapi bagi Han Yunxi walaupun hidup Long Fei Ye sentiasa dalam bahaya, dia mahu sentiasa berada di samping suaminya.

walaupun ceritanya lebih fokus pada konflik politik dalaman Tian Ning tapi sebenarnya melibatkan banyak kerajaan lain juga sebab itu cerita dia agak complicated dan pening juga nak ingat banyak watak yg ada. 

yg best bila tengok drama ni bila tengok baju, make up, rambut dan setting semua sangat cantik, baru semangat sikit nak layan drama ni. antara sebab lain juga aku berjaya habiskan drama ni sebab aku suka tengok Han Yunxi dan Long Fei Ye.

29 comments:

  1. suka drama ni.. best citer & pelakon dia hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. pelakon dia memang best sebab tu boleh follow drama ni..hehe

      Delete
  2. dulu2 suka sgt lyn drama macam ni..
    skrg dh xminat.. uhhuuu

    ReplyDelete
  3. Suka juga layan cter mcm ni tapi cter mcm ni dia kena fokus dan rajin xleh miss 1 episode pun..klu x , x faham hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. xfokus xpe yg penting alert part yg penting. penat nak fokus tengok drama panjang macam ni..hehehe

      Delete
  4. lama da tak layan drama cina..nak kene follow balik ni

    ReplyDelete
  5. the only reason i watch historical dramas is either the storyline is good or their pretty clothes. hehe

    ReplyDelete
  6. Wow sampai 48 episod Tu mesti jalan ceritanya menarik

    ReplyDelete
    Replies
    1. standard chinese drama episodnya boleh sampai 50 ke atas. ini pun dah dikira pendek juga..hehe

      Delete
  7. mak aiii byk nya episod tak terkejar sy nk tgk ni... tp genre drama mcm ni mmg menarik

    ReplyDelete
  8. lama weh tak layan cerita cina petang2 dkt tv2 dulu. ni nak tengok dkt channel mana ?
    tengok sinopsis cerita mcm menarik. mcm nak layan la pulak

    ReplyDelete
  9. macam best je. boleh la masuk list drama

    ReplyDelete
  10. Rawlins memang suka tengok cerita China nie. Rawlins suka tengok kemasan dan hiasan mereka. Paling best adalah jika ada babak terbang., lawan pedang dan pelbagai senjata. Baru best! hehehe

    ReplyDelete
  11. nice sharing...masa sekolah dulu selalu layan dram cina. cepat-cepat siapkan homework semata-mata nak layan drama cina hehe..

    ReplyDelete
  12. Wah!!!!!!! Menariknya nampak drama nie. Actor dia pun nampak handosme2. Boley la try tengok nanti. Thank you for sharing.

    ReplyDelete
  13. wahhh drama baru boleh masuk dalam list hehehe thank you for sharing! lepas habis marathon anime sekarang boleh layan drama ni pulak

    ReplyDelete
  14. Ok nak tengok nanti... cerita lagend macam ni suka tengok kostum dia pelakun pakai cantik-cantik lepas tu, pemandangan dan lokasi tempat berlakun pun best-best

    ReplyDelete
  15. Seems like another drama to watch. I haven't watch this yet. After reading this... I feel like watching it now

    ReplyDelete
  16. lama dh tak tengok citer drama cina ni.. tp nmpk menarik drama konsep lama cmni kan

    ReplyDelete
  17. Best pula jalan cerita drama ni. Walaupun Sis bukan kaki drama, tapi artikel ni buat Sis baca hingga habis. Boleh la nanti Sis create satu watak untuk cerpen Sis. Hidup kalau dah gila kuasa sampai anak pun nak di pergunakan memang porak peranda lah.

    ReplyDelete
  18. Kalau dulu zaman sekolah ada satu cerita yang pakai pakain mcm ni.. Layan.. Ape ntah tajuk dia.. Sekrg dh tak tgk dh.. Hahaha.. Cerita mcm ni biasa mesti ada nak renggankan pasangan, ada yang buat onar

    ReplyDelete
  19. dulu2 suka jugak tengok cerita China. Sekarang ni macam jarang. Jarang tengok mana2 drama. hehe. banyknya episod, 48! terima kasih atas review

    ReplyDelete
  20. Agak.menarik jln cerita ni. Penuh konflik. Suka juga cerita cinta yany sweet2 macam ni hehehe

    ReplyDelete
  21. Dah lama nya kita taknlayan drama cina. Masa sekolah dulu minat betul. Tengok video tu teruja nak follow...

    ReplyDelete
  22. Okay.. Nampak menarik ceritanya.. 48 episod kira ok lagilah.. hold dulu.. hehehe

    ReplyDelete
  23. lamanya tak layan cerita china begini. dulu biasa ada jam 6 petang di tv3. sekarang pun ada lagi kot kat tv2 cuma tak mengikuti. terbaik reviewnya.

    ReplyDelete