Review Drama Korea: Crash Landing On You (2019)

Review Drama Korea: Crash Landing On You (2019)

Title : Crash Landing On You
Episode : 16
Duration : 1 hour 25 minutes
Cast : Hyun Bin, Son Yejin, Seo Jihye, Kim Junghyun

Crash Landing On You mengisahkan Yoon Seri seorang wanita bekerjaya yg mempunyai rangkaian perniagaan sendiri dalam bidang fesyen dan kosmetik. suatu hari, ayahnya memutuskan untuk menyerahkan syarikat keluarga kepada Seri dan bukannya kepada abang-abangnya. sebelum mesyuarat lembaga pengarah berlansung, Seri ingin meraikan kegembiraan tersebut dengan bermain paragliding. malangnya cuaca yg baik bertukar menjadi buruk dan Seri disedut puting beliung yg tiba-tiba muncul entah dari mana.

Review Drama Korea: Crash Landing On You (2019)

sedar-sedar saja Seri tergantung atas pokok kemudian Seri bertemu dengan seorang askar Korea Utara yg disangkanya telah tersesat. Seri terkejut besar bila tahu yg dia sebenarnya telah tersesat masuk ke kawasan Korea Utara.

Ri Junghyuk, askar Korea Utara yg menjumpai Seri bertindak untuk tidak laporkan kes ini ke pihak atasan dan minta anak buahnya untuk menyimpan rahsia ini. Junghyuk juga decide untuk sembunyikan Seri di rumahnya sementara mencari jalan untuk menghantar Seri balik ke Korea Selatan. tapi apa yg Junghyuk rancang tak berjalan lancar dan rahsia Seri hampir terbongkar menyebabkan Junghyuk terpaksa mengaku Seri ialah tunangnya.

episode awal-awal ni memang kelakar bila Seri yg dah biasa dengan kehidupan moden tetiba kena survive di tempat yg serba kekurangan so mangsanya mestilah Junghyuk yg terpaksa melayan perangai cerewet Seri yg demand macam-macam benda. ditambah pula penduduk kampung kat situ jenis yg kepochi sikit, mereka terpaksa berlakon seperti pasangan kekasih.

Review Drama Korea: Crash Landing On You (2019)

selain jalan cerita yg unik yg memaparkan kehidupan rakyat Utara, bagi aku tarikan drama ini ialah watak Hyunbin sendiri. dalam drama Hyunbin sebelum ini dah biasa dia berlakon watak chaebol dan CEO yg kerek dan  selalu ambil masa sikit nak suka dengan watak dia tu. tapi dalam drama Crash Landing On You, dari awal lagi aku dah jatuh hati dengan watak Junghyuk ni. walaupun luaran nampak tegas tapi dia sangat melindungi dan jaga Seri daripada bahaya, bab caring tak payah nak cerita la. yg aku tak expect yg Hyunbin banyak buat benda yg comel dalam drama ni. 

Hyunbin dan Son Yejin memang pelakon yg bagus dan chemistry antara mereka juga yg buat drama ni begitu popular. kalau tidak takkan asyik keluar artikel mengatakan diorang dating in real life. betul atau tidak tak tahulah sebab masing-masing menafikan gosip tersebut.

Review Drama Korea: Crash Landing On You (2019)

Seo Dan pula ialah tunang sebenar Ri Junghyuk dan dia juga dah lama simpan perasaan pada Jungyuk. Dan cuba juga tarik perhatian Junghyuk tapi kesian juga sebab Junghyuk tak pernah pandang lagipun Junghyuk bertunang dengan Dan atas pilihan keluarga.

Goo Seungjun pula bekas kekasih Seri yg lari bersembunyi di Korea Utara disebabkan masalah hutang. Seungjun tak masalah sangat untuk masuk ke Korea Utara kerana dia bukan pegang kerakyatan Korea Selatan. aku tak suka sangat dengan Seungjun sebab dia yg menyebabkan hidup Seri di Korea Utara diancam bahaya tapi kemudiannya dia tebus kesalahan tersebut dengan membantu Seri dan Junghyuk.

sebenarnya adalah babak-babak percintaan sikit antara mereka tapi kena tengok sampai habis untuk tahu kesudahan mereka ini 😭

Review Drama Korea: Crash Landing On You (2019)

antara watak penyeri dalam drama ni ialah anak buah Ri Junghyuk yg sangat setia dengannya dan mereka langsung tak membantah bila Junghyuk decide untuk sembunyikan Seri walaupun tahu bahaya yg akan dihadapi atas tindakan tersebut. mostly scene yg buat penonton bergelak ketawa, scene mereka berempat ni lah. 

selain itu juga, aku suka watak ahjumma-ahjumma yg busybody tu. awal-awal tu nampak mereka ni macam jenis suka membawang tapi sebenarnya baik hati. bila ada antara mereka yg ada masalah yg lain akan datang membantu. ahjumma ni semua juga yg jadi kawan baik Seri sepanjang Seri terkandas di Korea Utara.

Review Drama Korea: Crash Landing On You (2019)

konflik dalam drama ni sebenarnya pada watak Jo Chulkang yg mencari jalan untuk membunuh Ri Junghyuk kerana Junghyuk cuba menyiasat kegiatan haram yg dia buat. tapi bukan senang untuk perangkap Junghyuk sebab bapa Junghyuk ni orang terpenting juga dalam kerajaan yg sentiasa backup Junghyuk sebab tu dia ubah target pada Seri.

ini first time aku tengok Oh Mansuk bawa watak antagonis, selalunya dia bawa watak baik dan dia ni bila muncul dalam variety show kelakar giler. tapi dalam drama ni dari cara dia bercakap, ekspresi muka dan semua la pasal Chulkang ni memang menyampah habis. tabik spring dengan dia sebab berjaya bawa watak tersebut.

Review Drama Korea: Crash Landing On You (2019)

walaupun percintaan antara Junghyuk dan Seri banyak halangan disebabkan masalah antara dua negara tapi orang sekeliling mereka macam supportive giler terutama sekali keluarga mereka. seriusly macam tak expect kat situ sebab ingatkan parent mereka akan menentang bila tahu hubungan mereka. tapi bukan mudah untuk mereka bersama disebabkan masalah antara dua buah negara ni. aku banyak menangis tengok drama ni disebabkan watak utama..huhu

overall drama ni sangat best dengan jalan cerita yg menarik dan juga lakonan yg mantap daripada semua pelakon dan juga lagi satu tempat yg shoot dalam drama ni sangat cantik terutama sekali scene kat Switzerland. pendek cakap nak tahu best ke Crash Landing On You, kenalah tengok dulu 😉

21 comments:

  1. Saya akan leka bila tengok cerita Korea.. Kalau sedih memang terasa dalam hati..

    ReplyDelete
    Replies
    1. jangan leka sangat tengok drama korea sampai terlupa nak study ye adik :)

      Delete
  2. Ada mass nanti boleh layan ni. Mcm best jer..

    ReplyDelete
  3. Masa cuti sem haritu layan la.. Dah bukak sem ni tergantung drama ni sampai ep 11 haritu.. Tak sempat nak tengok ;) cukupla tahu happy ending sebab banyak org share kat twitter haha

    ReplyDelete
  4. Cerita ni sedih! Tak sah kalau tak nangis

    ReplyDelete
  5. Ramai dah orang suggest cerita ni tapi saya belum tengok lagi. By the way, dia shoot dekat NZ ke? Bukan Swiss ke?

    ReplyDelete
  6. Best, lawak, sedih, semua bercampur baur. Yang penting semua watak tu main peranan.

    ReplyDelete
  7. ada lagi ke drama ni? aritu akak ternampak ada tayang tapi sebab dah tertinggal bebrapa episod akak tak ikut lah... ingatkan tak best tapi bila baca kat sini eh best pulak... sayang tak tengok, harap ada lah ulangan dia nnti

    ReplyDelete
  8. drama ni trending dalam netfliex. tapi tak sempat tengok lagi

    ReplyDelete
  9. bila tah nak start tengok drama ni... vagabond pun dah sebulan tengok tak habis habis hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..saya pon stop lama juga drama ni. dah habis tayang baru sambung tengok balik..hehe

      Delete
  10. sy baru khatam tgk drama ni mggu lps. sejujurnya, ia mmg best tp belum mampu pikat hati sy sepenuhnya. contoh babak sedih, boleh hanyutkan sy dlm kesedihan...seperti mana drama moon embraces the sun. lg 1 watak hyun bin pd sy masih dibayangi drama kim sam soon 😆 #justmy2cent

    ReplyDelete
    Replies
    1. for me watak hyunbin dalam drama ni sgt berbeza dengan drama sebelum ni..hehe

      Delete
  11. Replies
    1. aah diorang shoot kat swiss, nanti sis betulkan ye..hehe

      Delete
  12. Wah mcm best jaa..nanti free2 boleh layan cita ni

    ReplyDelete
  13. sampai sekarang kak belum tengok lagi drama ni. haha

    ReplyDelete
  14. Best drama ni. Episode last2 tu sebak je memanjang.

    ReplyDelete
  15. Baca review Tiara ini macam menarik.. tapi tengah sangkut drama thriller.. hehehe.. nantilah tengok..

    ReplyDelete
  16. hihihi kita tengah layan cerita ni, baru episod 2

    ReplyDelete
  17. cerita ni best gila , rugi tak tengok .

    ReplyDelete