Sinopsis Drama Rudy VS Jolie (TV Okey)


Drama : Rudy VS Jolie
Produksi : Tanah Beris Film Production
Pengarah : Shuhaimi Lua
Penulis Skrip : Zyza Backy
Slot : TV Okey
Mula Tayangan : 15 Februari 2021
Episod : 20
Masa : Isnin-Jumaat | 10.00 Malam
Pelakon : Nadia Brian, Aidit Noh, Sharifah Husna, Mathni Razak, Che Kem, Raja Azmi, Kuna Muzani, Rashdan Baba, Syakilla, Serra Kamal

Sinopsis Drama Rudy VS Jolie

Mengisahkan Jolie (Nadia Brian) seorang kaunselor dan vlogger yg dikenali sebagai Miss J yg pakar menasihati hal berkaitan putus cinta. selepas berpisah dengan kekasihnya yg curang, Jolie malas nak fikir pasal urusan cinta dan gembira dengan dunianya sekarang.

lain pula dengan kawannya Nina (Sharifah Husna) yg tak habis bercerita tentang teman lelakinya, Mr R dan teruja nak sambut anniversary yg nak masuk 3 bulan.

Jolie tiba-tiba beritahu Nina tentang dua orang follower yg putus cinta dengan Mr R so dia tertanya Mr R tu orang yg sama ke tidak. bagi Nina dalam Malaysia ni ramai je orang yg nama sama, teman lelaki dia pun nama Mr R, mungkin kebetulan semua itu. 

sampai suatu hari Nina ternampak Mr R dia keluar dengan perempuan lain, kecewa bila lelaki yg disangka kekasih bagitahu hubungan mereka cuma kawan. Nina malu nak bagitahu Jolie yg teman lelaki dia curang sebab sebelum ni rajin sangat kutuk Jolie.

Rudy (Aidit Noh) pula mamat romeo yg berkawan dengan ramai wanita tapi tak pernah mempunyai hubungan serius. Suatu hari, kawan Rudy yg bernama Aryan (Mathni Razak) mencabar Rudy untuk memikat seorang wanita bernama Jolie sampai mereka bertunang sekurang-kurangnya 6 bulan.

Rudy menyahut cabaran tersebut sebab dia tak pernah gagal memikat hati wanita. tapi Aryan cuba tersenyum sebab tahu Jolie jenis yg anti lelaki dan tak mungkin Rudy berjaya dalam misi tersebut.

Nina yg dah boleh tenangkan hati yg kecewa tiba-tiba bagi misi penting pada Jolie untuk patahkan hati pematah hati wanita. Nina cuba mengubah penampilan Jolie yg tomboy supaya memenuhi ciri-ciri wanita idaman Mr R.

apa terjadi apabila Rudy dan Jolie bertemu untuk memikat bila masing-masing mempunyai misi tersembunyi?

14 comments:

  1. okay, storyline menarik gila tapi kenapa Aryan punya dare tu kejam untuk Jolie

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aryan tahu Rudy takkan berjaya sebab Jolie jenis yg anti lelaki tapi tak tahulah apa jadi bila Jolie pun nak pikat Rudy juga..haha

      Delete
  2. Hahaha.. mesti menarik.. misi cabar mencabar berakhir dengan jatuh cinta..

    ReplyDelete
  3. i really igt ni cita indo! waaa its malaysian.. ok ok ! since Nadia Brian , so i nak tgk juga la haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. i pula ingatkan hero dia orang indonesia sebab tak pernah nampak..hahaha

      Delete
  4. baca tajuk ingatkan Indon. rupanya malay.

    ReplyDelete
  5. ada nampak poster drama ni tapi belum ada mood lagi nak tengok. TV Okey ni platform OTT baru ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. OTT tu apa? tak salah TV Okey ni dah lama ada bawah rtm juga.

      Delete
  6. cerita ni mmg best, si jolie tu mmg anti lelaki betul haha

    ReplyDelete
  7. tak sempat nak tonton lagi..nanti jer la tonton online

    ReplyDelete
  8. Pelakon baru ye Aidit Noh tu. TV Okay ni pernah tengok ada juga cerita best.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia ada berlakon sebelum ni tapi berehat kejap sebab nak fokus bisnes dia kot..

      Delete