Drama | Kisah Cinta Rumi (2021)


Drama : Kisah Cinta Rumi
Produksi : Creative Skill Solution
Pengarah : Idora Abdul Rahman
Penulis Skrip : Nieza Nahar
Siaran : Lestary TV3
Mula Tayangan : 24 April 2021
Episod : 13
Masa : Rabu-Sabtu | 9.00 Malam
Pelakon : Riena Diana, Khai Bahar, Haridz Hamdan, Alif Muhaimin, Fadlan Hazim, Dynas Mokhtar, Cahaya Nilam, Alif Hadi, Sharifah Rose, Khaty Azean, Gen Darwish

Kisah Cinta Rumi bersiaran di slot Lestary TV3 mulai 24 April 2021 selepas drama Covid Oh Covid dan menampilkan gandingan baru Khai Bahar dan Riena Diana. Kisah Cinta Rumi boleh ditonton setiap hari rabu hingga sabtu jam 9 malam di TV3 juga melalui laman web atau aplikasi WeTV.


Kisah Cinta Rumi mengisahkan Mika (Khai Bahar) yg mencari hasil pendapatan dengan meragut dan mencuri bagi membayar hutang judi bapanya juga menjaga Addin (Gen Darwish) yg tinggal bersama Mika selepas kematian ibu bapanya.

Mika mahu berhenti membuat kerja haram tersebut, dengan bantuan kawan baiknya, Mika bekerja sebagai pengawal di kelab malam.


Runi (Riena Diana) suka melukis dan mahu menjadi pelukis terkenal tapi impian Runi dihalang oleh ibunya, Haniza (Dynas Mokhtar) yg mahu Runi mengambil alih syarikat arwah suaminya.

Haniza merupakan isteri kedua Tan Sri Ghazali dan bercita-cita mahu mewarisi segala harta milik arwah suaminya. Haniza tak mahu syarikat Tan Sri Ghazali jatuh kepada anak tirinya Baktiar (Fadlan Adzim) dan selalu memprovokasi madunya.


Runi tak pernah setuju dengan semua rancangan Puan Haniza termasuk rancangan mahu menjodohkannya dengan anak orang kaya. kerana hal tersebut juga Runi selalu berselisih pendapat pendapat dengan ibu dan kakaknya, Hana yg sama-sama mata duitan.

bagi Runi, harta dunia ini semua hanya pinjaman sementara dan dia sendiri tak pernah kisah kalau abangnya, Baktiar yg menguruskan segala syarikat dan harta bapanya. lagipun hubungan Runi dengan abangnya juga baik dan Runi rasa bersalah dengan perangai ibu dan kakaknya.


Pertemuan Runi dan Mika terjadi apabila Mika cuba meragut beg Runi tapi Runi pula menyangka Mika telah membantu mendapatkan kembali beg tangannya.

sejak hari itu Runi dan Mika mula berkawan baik dan telah membibitkan rasa cinta antara mereka. apa yg akan berlaku apabila Puan Haniza mengetahui hubungan mereka berdua? tonton episod seterusnya dalam Kisah Cinta Rumi di slot Lestary TV3 atau melalui platform WeTV.

Drama | Kelmarin Cinta (2021)


Drama : Kelmarin Cinta
Produksi : Cinema Stage Production
Pengarah : Jamal Khan
Penulis Skrip : Azlina Pa'wan, Nana Khalil
Siaran : TV Okey
Mula Tayangan : 13 April 2021
Episod : 26
Masa : Isnin-Jumaat | 10.00 Malam
Pelakon : Shukri Yahaya, Reen Rahim, Intan Ladyana, Azri Sabri, Sharifah Husna, Aishah Azman, Amir Nafis, Liza Abdullah, Zaidi Omar, Jasmin Hamid, Zaefrul Nordin


Kelmarin Cinta mengisahkan dua sahabat karib iaitu Wan Nur (Reen Rahim) dan Mila (Intan Ladyana) yg berkawan sejak kecil. Mila berasal dari keluarga berada dan jenis yg lemah lembut manakala Wan Nur pula dari keluarga sederhana dan berperwatakan kasar dan tomboy.

masalah terjadi apabila Taufik (Azri Sabri), abang saudara kepada Mila yg baru pulang dari luar negara dah jatuh hati pada Wan Nur dan hal ini mengecewakan Mila yg dah lama menyimpan perasaan pada Taufik.

Wan Nur tak berminat pun untuk bercinta dan bila tahu perkara ini daripada Mila terus dia cuba mengelak bertemu Taufik. tapi sampai bila nak mengelak kalau Taufik lama lagi tinggal di rumah Mila.


belum selesai lagi masalah Wan Nur dan Taufik, Mila makin serabut bila ibu bapanya suruh terima pinangan dari Pak Long untuk anaknya Azhar (Shukri Yahaya).

Pak Long Mila dah lama menetap di luar negara sebelum membuat keputusan untuk balik ke Malaysia dan tinggal di Cameron Highland. Pak Long risau kalau Azhar mencari isteri orang bukan melayu sebab tu dia nak jodohkan Azhar dan Mila selain merapat hubungan mereka satu keluarga.

bila Pak Long menjemput Mila ke Cameron Highland, dia mula membuat rancangan dengan Wan Nur untuk menukar identiti mereka berdua. sebelum tu lagi Mila dah tukar gambar dia dengan Wan Nur jadi Pak Long menyangka Wan Nur adalah Mila.


misi mereka adalah membuat Azhar tak jatuh dengan Mila a.k.a Wan Nur dan rancangan perjodohan tersebut tak terjadi dengan perwatakan Wan Nur yg kasar nampak macam mudah untuk jayakan misi tersebut.

tapi lain pula yg berlaku bila Pak Long dah berkenan dengan Wan Nur apabila gadis tersebut pandai memasak dan rajin kiranya memenuhi ciri-ciri wanita melayu yg Pak Long mahukan sebagai menantunya.

adakah Azhar boleh terima Wan Nur dan setuju dengan rancangan bapanya sedangkan hatinya masih lagi tidak menerima kehilangan kekasih hatinya?

Drama | Penjara Janji (2021)


Drama : Penjara Janji
Produksi : JS Pictures
Pengarah : Azman Yahya
Penulis Skrip : PGRs Team, Ferdinand, Tinta Jingga
Slot Siaran : Samarinda TV3
Mula Tayangan : 12 April 2021
Episod : 15
Masa : Isnin-Khamis| 10.00 Malam
Pelakon : Alif Satar, Fauzi Nawawi, Azira Shafinaz, 
Zulin Aziz, Aida Aris, Aishah Atan, Esma Daniel

Penjara Janji drama terbaru di slot Samarinda TV3 menggantikan drama Camelia yg mula bersiaran mula 12 April 2021. Drama Penjara Janji boleh ditonton setiap hari isnin hingga khamis jam 10 malam di tv3 juga boleh ditonton secara online melalui aplikasi WeTV secara percuma.


Penjara Janji mengisahkan Zulkifli (Fauzi Nawawi) yg dihukum penjara kerana membunuh tanpa niat selepas ditipu kawan baiknya yg menyebabkan dia menanggung hutang yg banyak dan perniagaannya lingkup.

Rizan (Alif Satar) yg merupakan warden penjara cuba memenuhi hasrat terakhir Zulkifli yg mahu bersatu kembali dengan keluarganya. Rozita (Azira Shafinaz) selaku tunang Rizan mula rasa terabai apabila Rizan terlalu sibuk dengan tugasan kerjanya. 

Tanpa diketahui Rizan, Zulkifli merupakan ayah Rizan yg tidak pernah dia temui. apakah sebenarnya yg terjadi antara Zulkifli dan ibunya?

Drama | Hati Yang Dikhianati (Astro Prima)


Drama : Hati Yang Dikhianati
Produksi : Global Station Sdn Bhd
Pengarah : Riza Baharuddin
Penulis Skrip : Eenaz Mokhtar
Slot Siaran : Tiara Astro Prima
Mula Tayangan : 12 April 2021
Episod : 40
Masa : Isnin-Jumaat | 6.00 Petang
Pelakon : Amar Baharin, Isyariana, Zamarul Hisham, Mona Allen, Shamim Farid, Mia Nasir, Shah Iskandar, Afifah Nasir, Arena Iman, Afiq Muiz, Zaki Azeman


Hati Yang Dikhianati sebuah drama adaptasi daripada telenovela popular iaitu Mis Tres Hermanas (My Three Sister) mengisahkan Iskandar (Zamarul Hisham) yg mengambil tanggungjawab menjaga adik-adiknya selepas kematian ibu bapa mereka. 

Iskandar sanggup berhenti belajar dan melakukan pelbagai kerja untuk memastikan kehidupan keluarga mereka terjaga. oleh sebab itu, hubungan mereka adik-beradik sangat rapat dan perkara ini tak disenangi isteri Iskandar iaitu Maria (Mona Allen)

Syaz (Mia Nasir), anak kedua telah berkahwin dengan Imran (Shah Iskandar) dan mempunyai sepasang kembar. Lisa (Isyariana) telah berjaya menamatkan pengajiannya dan kini berkhidmat sebagai jururawat di sebuah hospital manakala Mawar atau Baby (Arena Iman) pula adik bongsu mereka yg manja dan masih belajar.


Suatu hari, Lisa pergi menyerang tapak pembinaan yg berada di sebelah hospital tempatnya bekerja dan berdepan dengan Zuhri Elyas (Amar Baharin), jurutera yg bertanggungjawab dengan projek pembinaan tersebut.

Lisa tidak puas hati dengan projek pembinaan tersebut yg banyak menggangu perkhidmatan hospital mereka apabila bekalan air dan elektrik selalu kena sabotaj.

Elyas pula tidak tahu tentang perkara tersebut malah tak pernah tahu tanah hospital yg bakal mereka ambil alih adalah tanah wakaf. Dato Ghafar selaku pemilik syarikat menasihatkan Elyas supaya tidak mencampuri hal tersebut dan fokus pada pembinaan hospital baru mereka.


walaupun Iskandar cuba memenuhi segala permintaan isterinya tapi Maria tak pernah puas hati apabila Iskandar lebih memikirkan adik-beradiknya tambahan pula Syaz tinggal semula dirumah tersebut dan Iskandar cuba membantu Syaz apabila Imran masih lagi tidak mempunyai pekerjaan.

Maria bosan dengan kehidupannya dan mula mendapatkan bantuan Mak Esah untuk memikat golongan berada yg boleh memenuhi segala kemahuannya. Elyas menjadi sasaran Maria.


Elyas sudah bertunang dengan Athira (Syamim Farid) anak Dato Ghafar tapi tak tahan juga bila kena goda dengan Maria. Elyas buat keputusan untuk mempercepatkan majlis pernikahan mereka walaupun dia sendiri tak pasti dengan perasaan sendiri.

Athira pula teruja bila Elyas setuju untuk bernikah dengannya tapi dia perlu selesaikan satu benda. Athira mahu mencari Maria dan siasat apa hubungannya dengan Elyas selepas terjumpa gambar Maria dalam dompet Elyas.

Drama Hindi | Bepanah Pyaar (TV3)


Drama : Bepanah Pyaar (Endless Love)
Slot : Sonia TV3
Masa : Isnin-Khamis | 4.00 Petang
Pelakon : Pearl V Puri, Aparna Dixit, Ishita Dutta, Sudha Chandran

Slot Sonia TV3 kembali lagi dengan drama hindi bergenrekan romantik misteri bertajuk Bepanah Pyaar (Endless Love) menggantikan drama Yehh Jadu Hai Jinn Ka! mulai 13 April 2021. drama Bepanah Pyaar mempunyai 190 episod kesemuanya tapi bila ditayangkan di tv3 tak tahulah episod dia banyak mana.

Bepanah Pyaar mengisahkan Raghbir Malhotra yg kehilangan isterinya, Bani Raichand dua tahun yg lepas kemudiannya bakal berkahwin dengan kenalannya, Misha. 

pada hari perkahwinan mereka tiba-tiba muncul seorang perempuan bernama Sukanya yg mendakwa Raghbir pernah melamarnya di London padahal Raghbir langsung tak kenal atau ingat siapa Sukanya ni. 

persoalannya siapa yg bercakap benar, Raghbir atau Sukanya? kemunculan Sukanya yg membuat kecoh menyebabkan perkahwinan Ranbir dan Misha dibatalkan.


Raghbir sangat mencintai Bani dan kematian Bani bagi impak yg besar dalam hidupnya sampai terpaksa bawa diri ke London. Raghbir tak boleh terima orang lain sebagai pengganti Bani, perkahwinan dengan Misha pun dia terpaksa terima sebab desakan keluarga.

Sukanya pula dari keluarga berpengaruh bila dia buat kecoh di majlis perkahwinan Raghbir, automatik wartawan nak tahu apa yg berlaku sebenarnya. Raghbir pula rimas sampai terpaksa larikan diri daripada Sukanya dan wartawan.


Raghbir kemudiannya bertemu dengan pekerja baru bernama Pragati sebab dia dah rimas sangat dengan Sukanya, Raghbir suruh Pragati menyiasat sama ada Sukanya bercakap benar atau tidak.

dalam menyiasat pembohongan Sukanya, Pragati kemudianya mendapati ada benda tak kena dalam kematian Bani dan cuba merungkai misteri tersebut.

Sinopsis Drama Kuali Mentua Lauk Menantu (TV2)

Sinopsis Drama Kuali Mentua Lauk Menantu (TV2)

Drama : Kuali Mentua Lauk Menantu
Pengarah : Riza Baharudin
Penulis Skrip : Nieza Nahar
Siaran : TV2
Mula Tayangan : 7 April 2021
Episod : 26
Masa : Isnin-Jumaat | 6.00 Petang
Pelakon : Hafreez Adam, Afifah Nasir, Normah Damanhuri, Aman Graseka, Zera Hariz, Shahrul Kamal, Zuhairi Ibrahim, Kismah Johari, Zarynn Malik

Sinopsis Drama Kuali Mentua Lauk Menantu (TV2)

Sinopsis Drama Kuali Mentua Lauk Menantu

Mengisahkan Lela (Afifah Nasir) seorang gadis ceria yg membesar dengan neneknya, Wan Ipah (Kismh Johari) dan Mak Ngah Ana (Zarynn Malik) di kampung dan kini Lela bekerja sebagai jurugambar di Kuala Lumpur.

di kampung kecoh apabila Ona menuduh Lela merampas kekasihnyanya, Shahrol padahal Shahrol yg tergila-gilakan Lela sampai sanggup pergi Kuala Lumpur untuk mencari Lela. tak pasal Lela kena serang dengan Ona, nak baling batu kat Lela terkena pula cermin kereta orang.

Haikal (Hafreez Adam) bengang apabila keretanya menjadi mangsa keadaan dan pelakunya awal-awal lagi dah cabut lari. nak tak nak Lela terpaksa bertanggungjawab dan berjanji untuk membayar ganti rugi membaiki kereta Haikal.

sebenarnya Lela dan Haikal tak tahu yg bapa mereka dah lama berkawan baik dan mereka pun pernah berjumpa waktu kecil dulu.

Sinopsis Drama Kuali Mentua Lauk Menantu (TV2)

Haikal pula arkitek muda yg selalu serius dan sibuk dengan kerjanya dan langsung tak ada masa nak melayan perempuan yg sibuk mengejarnya. Haikal rimas dengan Nina (Aina Kamalia), model yg berlagak diva. lepas tu Umi Hashimah (Normah Damanhuri) pula sibuk nak jodohkan Haikal dengan Roza. 

cuma Lela sahaja yg buat Haikal rasa selesa sampai Haikal buat keputusan untuk berkahwin dengan Lela supaya uminya dan Nina berhenti menganggu hidupnya. apa pula jawapan Lela, adakah Lela setuju menjadi isteri Haikal?

Review Novel | Sumpah by Shaz Johar


Novel : Sumpah
Penulis : Shaz Johar
Helaian : 292
Penerbit : Buku Fixi
Terbitan : June 2020

Kerana desakan hidup, Lela Palatute yang baru berusia 12 tahun telah dikahwinkan dengan seorang lelaki yang jauh lebih tua oleh ibunya sendiri. Dia kemudian terpaksa menjalani kehidupan sebagai seorang isteri dalam sebuah banglo mewah yang diwarisi suaminya, jauh dari kehidupan lamanya sebagai remaja yang masih bersekolah.

Semasa menerokai banglo itu dan kawasan sekitarnya, dia telah bertemu seorang wanita tua yang mahu membunuhnya serta makhluk misteri di dalam loteng yang sering mengikutnya ke mana-mana. Enggan terus hidup diselubungi misteri, Lela merancang cara untuk kembali kepada kehidupan asalnya dan keluar daripada malapetaka yang sedang berlaku.

waktu beli buku Sumpah ni tak baca pun sinopsis dia, sekali bila dah beli terus macam malas nak baca sebab watak Lela ni baru 12 tahun dikahwinkan dengan Pak Hadir, lelaki yg sebaya arwah bapanya. seriusly geli dengan Pak Hadir bila dia cuba nak bermesra-mesra dengan Lela. uish pedo!

kesian dengan Lela dalam usia 12 tahun, terpaksa berhenti sekolah dan kemudian dikahwinkan. terpaksa mengikut sahaja apa yg ibu dia suruh. tapi watak Lela ni macam terlebih matang daripada usia, bila baca buku ni tak rasa macam dia budak 12 tahun.

kisah bertambah menarik bila Lela dibawa Pak Hadir tinggal di banglo mewah di tengah hutan kemudian berjumpa dengan seekor kucing yg boleh bercakap bernama Olaf, bermacam misteri yg Lela terpaksa tempuh seorang diri sampai satu tahu dia tak tahu nak percaya cakap Pak Hadir atau Olaf.
Pengakhirannya sangat menarik dan penuh misterii.

Review Novel | Luruh by Rehan Makhtar


Novel : Luruh
Penulis : Rehan Makhtar
Helaian : 693
Penerbit : Blogijau Enterprise
Terbitan : Julai 2020

Hidup Daneen sangat tragis di usia 19 tahun apabila ayahnya dipenjara kerana pecah amanah, ibu dan kakaknya pula meninggal dunia. Datuk Malik yg merupakan kawan baik ayah Daneen langsung tak mahu membantu membersihkan nama ayahnya malah Daneen dilayan macam anjing kurap bila merayu pada Datuk Malik.

rasanya ini pertama kali aku baca novel Rehan Makhtar yg watak heroinnya penuh dengan dendam untuk menghancurkan keluarga Datuk Malik dan sangat keras hati untuk menerima bantuan orang lain macam Maliki yg cuba membantu.

dalam kes ini tak boleh nak salahkan Maliki juga sebab Maliki anak Datuk Malik, dah tentu bukan senang Daneen nak percaya bila keluarga Maliki sendiri penyebab kehancuran kebahagian keluarga Daneen.

Baca juga: Novel Tak Sempurna Mencintaimu by Rehan Makhtar



selalunya buku Rehan Makhtar sangat sarat dengan emosi buat kita yg baca ni ikut sama rasa geram, sedih dan gembira. cuma dalam buku Luruh ni bagi aku terlalu tebal sebab tu kadang rasa macam beberapa part macam penulis terlalu fokus pada emosi dan monolog watak sampai rasa pacing buku ni jadi slow.

bila sampai di pertengahan cerita terus rasa lelah nak habiskan sebab penat repeat benda yg sama Maliki cuba nak hulurkan tangan tapi tiap kali itu juga Daneen menepis dan tak mahu menyambut. kalau orang lain boleh nampak kebaikan dan keikhlasan Maliki tapi hati Daneen pula terlalu sarat dengan dendam sampai buta hati nak nampak kebaikan orang lain.

kesimpulannya, bila hati sudah dipenuhi dengan dendam memang susah nak terima kebaikan orang lain. belajar untuk redha dengan segala dugaan yg datang menimpa pasti setiap urusan akan dipermudahkan oleh-Nya.

Drama | Covid Oh Covid (2021)


Drama : Covid Oh Covid
Produksi : Rumah Karya Citra
Pengarah : Jet Li, Izuan Mokhtar
Penulis Skrip : Eirma Fatima
Siaran : TV3 / iQiyi
Tayangann : 2 April 2021
Episod : 13
Masa : Rabu-Sabtu | 9.00 Malam
Pelakon : Adibah Noor, Tony Eusoff, Umie Aida, Nora Danish, Tiz Zaqyah, Syafiq Kyle, Fathia Latiff, Nabila Huda, Yusof Hashim, Nasir Al Aydrus, Amar Asyraf

Covid Oh Covid sebuah drama terbaru di Slot Lestary TV3 menggantikan drama Romantika 4 Hari 3 Malam yg akan bersiaran mulai 2 April 2021, setiap hari isnin hingga sabtu jam 9.00 malam. boleh juga ditonton di platform www.iq.com.

Drama Covid Oh Covid mengisahkan keluarga Hafsah (Adibah Noor) dan Arifin (Tony Eusoff) yg tinggal di Villa Agrani, mereka mempunyai empat orang anak iaitu Safura (Tiz Zaqyah), Salmiah (Nabila Huda), Suhaila (Nora Danish) dan Shazrul (Nasir Al Aydrus).


Pengumuman tempoh PKP yg disambung semula meresahkan penghuni Villa Agrani, Hafsah melarang keras suami, mak mertua dan anak-anaknya daripada keluar rumah. kesihatan Tok Wan (Umie Aida) yg kurang memuaskan menyebabkan Hafsah jadi paranoid dan lebih berjaga-jaga.

Arifin mahu keluar rumah dengan memberi alasan kepada Hafsah mahu melawat masjid padahal Arifin nak jumpa kekasih hatinya iaitu Riana, janda yg tinggal di kawasan perumahan yg sama.

Shazrul yg kebetulan lalu di depan rumah Riana ternampak bapanya menghantar barang lalu memberitahu Suhaila. Shazrul dan Suhaila sakit hati bila tahu bapa mereka ada skandal dan buat keputusan untuk memerhati gerak-geri Ariffin.


Safura pula sudah berkahwin dengan Adam dan tinggal berasingan daripada keluarga. sebagai anak seni, pendapatan mereka berdua juga terjejas bila PKP bersambung semula.

namun begitu, Safura dan Adam aktif dalam mencari dana untuk memberi bantuan kepada petugas bahagian hadapan dan juga anak seni yg terjejas akibat pandemik.

Drama | Shah Alam 40000 (2021)


Drama : Shah Alam 40000
Produksi : Global Station Sdn Bhd
Pengarah : Isma Yusoof
Penulis Skrip : MF Kenchana
Siaran : TV3 / iQIYI
Tayangan : 29 Mac 2021
Episod : 28
Pelakon : Umie Aida, Rita Rudaini, Anna Jobling, Arash Mohamad, Shah Reza, Jabir Meftah, Danish Iskandar, Zailin Aqeesha, Fadlan Hazim, Yusry KRU, Aedy Ashraf

Shah Alam 40000 bakal bersiaran di TV3 tapi drama ini akan ditayangkan secara eklusif terlebih dahulu di platform iQiyi mulai 29 Mac 2021 hingga 30 April 2021 pada jam 12 tengahari melalui www.iq.com. 


Shah Alam mengisahkan tiga sahabat baik iaitu Datin Seri Azlina (Umie Aida), Datin Rose (Rita Rudaini) dan Shafinaz Mckenzie (Anna Jobling) yg selalu melepak bersama tapi masing-masing menyimpan rahsia sendiri.

Suatu hari, Azlina mengajak mereka untuk bersantai di sebuah pusat peranginan dan memberitahu rahsia masing-masing dengan syarat mereka akan menyimpan rahsia tersebut.


Datin Seri Azlina seorang wanita bekerjaya yg mempunyai bisnes kafe sendiri tapi tanpa pengetahuan keluarga dan kawan-kawannya, Azlina membuka gim sendiri sebagai marketing untuk buat bisnes baru iaitu makanan kesihatan untuk lelaki.

Rose dan Shafinaz pelik kenapa Azlina nak rahsia bisnes gim tersebut rupa-rupanya Azlina pernah ada skandal dan hampir bercerai dua tahun lepas. sebab itu dia terpaksa rahsiakan perkara tersebut daripada suami sendiri.


Datin Rose pula isteri kedua dan suri rumah sepenuh masa. dalam seminggu dua hidup Rose tak tenteram bila dia dikejar along. untuk mengelak daripada along, Rose terpaksa menukar kereta buruk sampai suami dan kawan-kawannya menjadi pelik.

sebenarnya Rose cuba membuka butik dengan artis sendu bernama Fyra (Afifah Nasir). tiap bulan asyik rugi tapi Fyra tak habis suruh bagi duit untuk buat marketing sampai Rose terpaksa pinjam along bila suami dia tak bagi dia buat bisnes. mana tahu rupa-rupanya Rose ditipu dan Fyra pula dah lari ke luar negara.


rahsia Shafinaz pula tak sebesar mana kalau nak dibandingkan dengan Datin Rose dan Datin Sri Azlina. Shafinaz seorang pengacara popular dan ramai wartawan nak tahu gosip dia dengan chef selebriti Kush (Fadlan Hazim) padahal hubungan mereka dah lama putus.

Shafinaz keluar dengan pengarah yg merupakan suami orang untuk mengelak diganggu Kush. hakikatnya Shafinaz bercinta dengan seorang juruterbang lakonan Aedy Ashraf, Shafinaz terpaksa merahsiakan hubungan tersebut untuk mengelak privasi mereka diganggu.


Datin Rose perlukan duit untuk melangsaikan hutang along, Datin Sri Azlina pula syak suaminya mempunyai skandal. gosip Shafinaz pula bertambah panas apabila dia dituduh perampas suami orang.

bagaimana mereka mahu menyelesaikan masalah masing-masing? Adakah persahabatan Rose, Azlina dan Shafinaz akan menjadi semakin akrab atau sebaliknya?

Drama | Vila Ghazara (2018)


Drama : Vila Ghazara
Produksi : Excellent Pictures Sdn Bhd
Pengarah : Feroz Kader
Penulis Skrip : Wira Hijau, Amy Aimi
Siaran : Akasia TV3
Tayangan : 17 September 2018
Episod : 40
Pelakon : Shukri Yahaya, Azira Shafinaz, Mustapha Kamal, Haleeda, Elly Mazlein, Aidil Aziz, Syed Aiman, Hafeez Mikael, Amirul Faqeem, Tunku Hanis, Cik Manggis, Riena Diana, Rafasya, Qaralyana


Vila Ghazara adalah sebuah teratak hasil gabungan nama pemiliknya iaitu Dr Ghazaly Baqri (Mustapha Kamal) seorang doktor kosmetik dan juga ahli perniagaan terkenal yg mempunyai lima orang anak lelaki iaitu Zarul (Syed Aiman), Adrian (Aidil Aziz), Hariz (Shukri Yahaya), Dazrin (Hafeez Mikael) dan Azrel (Amirul Farqeem).

walaupun Vila Ghazara luarannya nampak indah tapi kehidupan keluarga mereka tidak sebahagia yg disangkakan. Ghaz terlalu mengongkong kehidupan anak-anaknya dan mahu mereka mencapai kejayaan membanggakan. apabila Hariz melarikan diri dari rumah 15 tahun yg lepas, kepulangannya kini tidak dialu-alukan oleh Ghaz.

satu rahsia Dr Ghaz yg tidak diketahui isterinya, Zaharah (Haleeda) dan ahli keluarganya yg lain, Ghaz dalam diam telah berkahwin dengan Maria (Elly Mazlein).


Seperti mana Dr Ghaz mengongkong kehidupan anak-anaknya, dia kini mula menyusun perancangan untuk cucunya, Alia yg terabai bila Andrian dan isterinya selalu bergaduh. Ariana (Azira Shafinaz) diambil bekerja sebagai guru peribadi Alia.

siapa sangka Ariana dan Hariz pernah bertemu sebelum ini kerana Ariana pernah menyebabkan Hariz terlepas penerbangan dan gagal menduduki peperiksaan akhirnya di London. kerana hal tersebut juga, Hariz sangat benci dengan kehadiran Ariana menyebabkan mereka selalu berselisih pendapat.

Apakah kesudahan konflik keluarga dalam Vila Ghazara ini? Adakah Dr. Ghaz akhirnya akan menerima dan berbangga dengan Hariz? Mungkinkah rasa benci di antara Arianna dan Hariz akan membibitkan rasa cinta?