Drama Thai | My Secret Bride (2019)


Title : Kao Waan Hai Noo Pen Sai Lub
Another Title : My Secret Bride
Episode : 18
Duration : 1 hour 45 minutes
Cast : Grate Warintorn, Kao Supassara, Pariit Timthong, Rinrada Kaewbuasai


My Secret Bride mengisahkan Suam seorang gadis ceria tapi sebenarnya hidup dia sangat menyedihkan sebab dalam usia belasan tahun Suam dihalau dari rumah selepas bergaduh besar dengan bapa dia. walaupun begitu, Suam berjaya hidup berdikari mencari duit untuk menampung hidup dia dan juga yuran universiti.

Danurut pula ketua baru di balai polis kawasan perumahan Suam, dari mula lagi Suam dan Danurut tak sekepala dan asyik bergaduh. Danurut lagi tak suka dengan Suma bila asyik dengar benda tak elok pasal Suam tambahan pula adik sepupunya iaitu Da anti giler dengan Suam sebab Suam ni rapat dengan tunang Da. tapi lama-lama kenal, Danurut nampak Suam ni tak seperti apa yg orang lain cakap.

Danurut jadi rimas juga apabila Da tak habis-habis serang Suam, dalam masa yg sama bekas kekasihnya sibuk nak goda dia balik. Danurut offer pada Suam untuk kahwin kontrak sebab nak protect Suam dan tugas Suam pula halang bekas kekasih Danurut daripada kacau hidup Danurut.  walaupun hidup Suam ni nampak sedih tapi Suam ni jenis kelakar, tengok drama ni memang gelak saja dengan perangai Suam yg gila-gila tu.


Suam ni berkenalan dan rapat dengan pacik Thuan yg selalu kerja kutip barangan terbuang di kawasan perumahannya. suatu hari pacik Thuan ni offer dia jadi spy, siapa yg tak terkejut. rupa-rupanya Thuan ni cuma menyamar, mereka ni polis daripada unit rahsia yg menyiasat kegiatan haram yg dilakukan oleh Sia Hia, orang yg berpengaruh di kawasan tersebut. masalahnya setiap kali mereka dapat bukti untuk tangkap Sia Hia mesti gagal dan Thuan syak ada polis yg jadi orang Sia. 

antara orang yg mereka syak jadi dalang ialah Danurut. Suam terpilih untuk jadi spy kerana Thuan kebetulan nampak Suam rapat dengan Danurut. apabila Danurut offer Suam kahwin kontrak so ini peluang untuk Suam lebih dekat dengan Danurut dan siasat latar belakang lelaki tersebut.

Suam ni bukan polis pun dan dia langsung tak ada pengalaman jadi perisik. bila sekali kena jadi spy memang haru juga, lain yg pacik Thuan suruh lain pula yg dia buat. tapi team ni tak ada pilihan bila Suam sahaja harapan mereka untuk siasat tentang Danurut.


walaupun tema kahwin kontrak nampak macam klise tapi aku suka tengok drama ni sebab daripada awal memang terhibur dengan perangai Suam dan watak Danurut sangat matang dan tak mudah nak terpengaruh dengan orang lain walaupun daripada awal, dia asyik dengar benda buruk sahaja pasal Suam dan Rut pun layan je perangai je Suam tapi ada kalanya kerja diorang dua ni bergaduh je. tapi suka la tengok Suam dan Danurut, nampak comel je bila digandingkan bersama. second couple iaitu Padet dan Neung pun comel juga, suka tengok dua couple ni dalam drama My Secret Bride.

selain daripada kahwin kontrak, fokus utama jalan cerita drama My Secret Bride ialah untuk tangkap  Sia Hia. sebenarnya aku tak suka sangat bila sampai pertengahan ceritannya banyak fokus pada Sia Hia, tetiba sahaja asyik flashback kisah muda Sia Hia mungkin nak tunjuk kenapa Sia pilih jalan hidup macam tu. tapi bagi aku macam tak penting sebab at the end bukan dia insaf pun walaupun dah masuk penjara. mungkin juga nak cakap pasal karma yg Sia dapat, mostly drama thai banyak cakap pasal karma.

drama My Secret Bride sangat menghiburkan untuk ditonton dan banyak babak best buat kita bergelak ketawa tapi kalau kurangkan scene orang jahat mungkin ceritanya dia lagi best.

Post a Comment

17 Comments

  1. Comelnya couple ni! haha thanks for the review ;)

    ReplyDelete
  2. Thailand drama can be real cute sometimes.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab tu i suka layan drama thai, chemistry & interaction antara hero dan heroin comey giler..hehe

      Delete
  3. eee mesti best ni. nak tengok nanti!

    ReplyDelete
  4. Citer Thailand ni kalau tgok dari awal mesti best kan...akak suka gak citer Thailand..citer Korea lagi la suka

    ReplyDelete
    Replies
    1. suka tengok cite thai ni sebab pelakon dia dan dah tentu la drama kore pun best juga..hehe

      Delete
  5. macam menarik je drama ni... mungkin akan try, soon ?

    ReplyDelete
  6. Mak aih.. 1 jam 45 minit satu episod.. tu yang tak lalu nak tengok tu.. hehehe..

    ReplyDelete
  7. Saya suka sangat Thai Movie. Bagus bagus dia punya cerita..

    ReplyDelete
  8. I think, we could be a friend mwahahahahaha

    Misa fans Asian drama... even tho jarang nak tengok Korean drama sekarang ni.. but once ada yg tertarik, wajib tengok...

    ReplyDelete
  9. Tengok macam sikit episode, sekali.. ada dekat dua jam satu episode. Hurm.. jap masuk wishlist dulu laa. haha

    ReplyDelete