Telefilem | Cinta Elevator (2018)

Cinta Elevator

Telefilem : Cinta Elevator
Produksi : Celebrate TV Sdn Bhd
Pengarah : Ariff Zulkarnain
Penulis Skrip : Bainun Waheeda
Tayangan : 24 November 2018
Siaran : Astro Citra
Pelakon : Beto Kusyairy, Jasmine Suraya, 
Marsha Milan, Mustaqim Mohamed, Hefny Sahad, Dian P Ramlee

Cinta Elevator

Cinta Elevator mengisahkan Adam (Beto Kusyairy) dan Evana (Jasmine Suraya) bergaduh gara-gara berebut parking kereta. Adam dan Evana bekerja di bangunan yg sama berbeza tingkat jadi mereka sering sahaja terjumpa di dalam lif dan bertikam lidah.

suatu hari, Adam dan Evana terperangkap di dalam lif, dari situ mereka boleh bersembang baik dan buat keputusan untuk terus berkawan.

Cinta Elevator

Adam sebenarnya tak percaya pada perempuan selepas ibunya tinggalkan Adam dan ayahnya. Adam mewarisi bakat seni daripada ayahnya tapi memilih untuk menjadi graphic designer.

Evana pula tak pernah serius dalam bercinta dan selalu try & error dalam memilih pasangan. satu perangai Evana dia suka letak nama semua bekas teman lelaki pada setiap pokoknya.

walaupun banyak perbezaan, Adam dan Evana saling belajar dan memahami dunia masing-masing. dari situ wujud keserasian antara mereka.

Cinta Elevator

Evana mahu membawa Adam berjumpa keluarga tapi mak Evana nak jodohkan Evana dengan Piere (Hefny Sahad) yg setaraf keluarga mereka. bagi mak Evana, Adam tak mempunyai masa depan yg cerah nak dibandingkan Piere yg mempunyai syarikat sendiri. apa pula pilihan Evana?

jalan cerita yg simple sahaja tentang kisah cinta dua insan yg bermula di elevator. yg penting gandingan Beto dan Jasmine sangat serasi.

10 comments:

  1. alamak ada beto laaa...kompem best ni...

    ReplyDelete
  2. Hefny Sahad ni yang DJ radio Sinar tu kan? Pelakon jugak ea rupanya. Macam comel pulak Beto dengan Jasmine

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah dia lah. dia memang ada berlakon tapi banyak watak kecil. itu orang tak perasan sgt dia berlakon..hehe

      Delete
  3. aww pakwe aiii suka giler klo ada beto..die bawak watak selalu menjadi

    ReplyDelete
  4. nampak menarik :)

    Jom join GA sahabat kita ni :)

    https://ejulz.blogspot.com/2021/01/wallet-giveaway-by-misya-2021.html

    ReplyDelete
  5. Boleh layan santai-santai nie..

    ReplyDelete
  6. Wahh cerita lama. Pelakon best, boleh cari dan tengok :)

    ReplyDelete