Sinopsis Drama Tercipta Satu Ikatan (Astro)

Tercipta Satu Ikatan

Drama : Tercipta Satu Ikatan
Produksi : Suhan Movies & Trading
Pengarah : Pali Yahya
Penulis Skrip : Syed Mohamad Taufik Syed Abdul Jalil
Slot : Megadrama Astro Ria
Mula Tayangan : 29 Disember 2020
Episode : 20
Masa : Isnin-Khamis | 10.00 Malam
Pelakon : Hanna Delisha, Aeril Zafril, Izzue Islam,  Sophia Barakbah, Esma Daniel, Nadhir Nasar, Nadiyah Shahab

Sinopsis Drama Tercipta Satu Ikatan 

mengisahkan Leanna (Hana Delisha) yg dibesarkan dengan serba kemewahan dan penuh kasih sayang oleh Dato Jefrey (Esma Daniel), seorang ahli perniagaan. ke mana sahaja Leanna pergi mesti diawasi oleh bodyguard kerana Jefrey tak mahu perkara buruk berlaku kepada anak tunggalnya.

Leanna pula bahagia dengan kasih sayang ayahnya tapi di satu sudut, dia juga mahu hidup bebas seperti orang biasa yg bebas pergi ke mana tanpa perlu diawasi bapanya. Walaupun begitu, Leanna cuba berfikiran positif yg semua tindakan bapanya adalah untuk kebaikan dirinya sendiri.

Tercipta Satu Ikatan

Daniyal (Aeril Zafril) pula seorang usahawan muda yg menunjukkan minat yg tinggi untuk bekerjasama dengan syarikat Dato Jeffrey. 

Jefrey tertarik dengan usaha Daniyal dalam mengembangkan syarikatnya. sampai satu tahap, Jefrey menaruh kepercayaan pada Daniyal dan meminta Daniyal untuk menjadi suami kepada Leanna.


Tercipta Satu Ikatan

Daniyal sebenarnya mempunyai muslihat sendiri iaitu mahu membalas dendam kepada Jeffrey bersama kawan baiknya Risa (Sophia) dan Sirhan (Nadhir). target mereka ialah Jeffey bukannya Leanna. berkahwin dengan Leanna juga bukan dalam rancangan Daniyal.

apa sebenarnya yg terjadi dalam hidup Daniyal dan rakan-rakannya sehingga mereka merancang membalas dendam pada Jeffrey? apa tindakan Daniyal bila Jeffrey memintanya mengahwini Leanna? Saksikan semuanya dalam drama Tercipta Satu Ikatan di slot Megadrama Astro Ria.

Sinopsis Drama The Maid (Astro)

The Maid

Drama : The Maid
Produksi : Juita Viden
Pengarah : Helmi Yusof
Siaran : Astro Ria
Mula Tayangan : 6 Disember 2021
Episod : 10
Masa : Setiap Rabu | 9.00 Malam
Pelakon : Norman Hakim, Sherry Al-Hadad, Mira Filzah, Eina Azman, Ezzaty Abdullah, Siti Khadijah Halim, Zarina Zainoordin, Irsha Norsham, Nadya Syahera, Ieda Moin

Sinopsis Drama The Maid

mengisahkan Jay (Norman Hakim) seorang penulis novel bestseller 'Mr Payung Emas' dan juga jutawan yg terkenal kerana beristeri empat. Isteri-isteri Jay adalah Suhana (Sherry Al-Hadad), Nadia (Eina Azman), Fika (Ezzaty Abdullah) dan Elisa (Mira Filzah). 

kehidupan Jay secara luarannya nampak sangat bahagia dengan kesemua isteri-isterinya. hakikatnya memang tidak suka antara satu sama lain dan cuma berpura-pura bahagia. setiap isteri-isteri mempunyai pembantu rumah dan tahu segala rahsia majikan mereka.

konflik bermula apabila Elisa ditemui mati ketika menghadiri makan malam keluarga di rumah isteri pertamanya, Suhana. kini ketiga-tiga isteri Jay telah menjadi suspek pembunuhan kerana masing-masing mempunyai motif sendiri untuk membunuh.

Penyiasatan telah dijalankan oleh pihak polis, satu persatu rahsia isteri-isteri Jay mula terbongkar. keadaan bertambah misteri apabila muncul pembantu rumah baru bernama Citra. Persoalannya, siapakah yg telah membunuh Elisa?

Sinopsis Drama Bidadari Salju (TV3)

Bidadari Salju

Drama : Bidadari Salju
Produksi : A. Aida Production
Pengarah : Muhamad Riza Baharudin
Penulis Skrip : PGRs Team, Tinta Jingga, Rofa Azzahra
Slot : Akasia TV3
Mula Tayangan : 15 Disember 2020
Episod : 28
Masa : Isnin-Khamis | 7.00 Malam
Pelakon : Sweet Qismina, Adam Lee, Jasmine Suraya Chin, Nazrief Nazri, Chacha Maembong, Syazuwan Hassan, Jaja Iliyeas

Sinopsis Drama Bidadari Salju

mengisahkan Kayra (Sweet Qismina) yg selalu dijadikan mangsa buli di sekolah hanya kerana mukanya dipenuhi jerawat dan berasal dari keluarga miskin. 

walaupun begitu Kayra seorang gadis yg baik dan rajin menolong ibu bapanya untuk mencari duit dengan bekerja di kedai runcit dan kedai makan. perwatakan Kayra yg ceria itu disenangi oleh majikannya.

Hariz (Adam Lee) pula pelajar senior yg selalu menunggu masa untuk membuli Kayra dan mengajak rakan-rakannya yg lain untuk turut setia menghina dan membuli Kayra.

Bidadari Salju

Hariz sebenarnya memberontak kerana dihantar ayah dan ibunya untuk tinggal dengan datuknya di kampung. dia merasakan yg kedua ibu bapanya sibuk bekerja dan tidak pernah mempedulikan dirinya. Hariz cemburu apabila melihat Kayra yg serba kekurangan sentiasa tersenyum dan mendapat kasih sayang penuh daripada keluarganya.

sampai satu tahap, tindakan Hariz semakin melampau apabila membuat fitnah yg Kayra menjual tubuh untuk mencari duit hingga menyebabkan Kayra dipukul bapanya akibat termakan kata-kata fitnah yg disebarkan Hariz. rakan-rakan Hariz juga turut mengambil kesempatan untuk memukul Kayra.

kemuncaknya Kayra tidak dapat bersabar lagi dan bangkit melawan Hariz. Kayra berjanji tidak akan lupa segala perbuatan Hariz yg mencaci dan menghina dia selama ini.

Sinopsis Drama Bidadari Salju (TV3)

selepas 6 tahun, Kayra berjaya menamat pengajiannya dan sedang sibuk mencari pekerjaan. pada masa yg sama Kayra pulang ke kampung untuk menghadiri majlis pertunangan kawan baiknya, Diana (Chacha Maembong). 

Aiman yg ternampak Kayra di majlis itu terus jatuh cinta padahal zaman sekolah dulu, dia juga malu dengan penampilan Kayra yg hodoh. Aiman menggesa ibu bapanya untuk meminang Kayra.

hidup Kayra sekeluarga benar-benar berubah selepas ibunya berjaya menuntut harta pusaka miliknya. namun begitu Kayra tidak mahu memikir soal jodoh atau bergantung pada harta ibunya, Kayra mahu mencari kerja dan mencapai impiannya. 

apa yg bakal terjadi apabila Kayra bertemu dengan Hariz? Saksikan semuanya dalam Bidadari Salju yg juga boleh ditonton online secara percuma melalui website dan aplikasi WeTV.

Sinopsis Drama Misteri Mona (TV3)

Misteri Mona

Drama : Misteri Mona
Produksi : Aquila Emas Sdn Bhd
Pengarah : Amor Rizan
Penulis Skrip : Abdul Nasir, Amor Rizan
Slot : Samarinda TV3
Mula Tayangan : 10 Disember 2020
Episod : 8
Masa : Isnin-Khamis | 10.00 Malam
Pelakon : Janna Nick, Redza Rosli, Ruzana Ibrahim, Elisha Sandha, Shafitee, Alif Hadi, Amir Rahim, Aishah Bujang, Azhar Amir, Jeff Sali

Misteri Mona sebuah drama bergenre psiko thriller arahan Amor Rizan, drama terbaru di slot Samarinda menggantikan drama Beri Sedikit Waktu. Misteri Mona menampilkan Janna Nick, Elisha Sandha, Ruzaini Ibrahim dan Elisha Sadha dan boleh ditonton mulai 10 Disember 2020, setiap Isnin hingga Khamis jam 10 malam di TV3.


Misteri Mona mengisahkan Farah (Elisha Sandha) graduan lepasan universiti yg sedang mencari kerja. Farah semakin terdesak memerlukan duit untuk membayar sewa rumah selepas beberapa bulan menganggur. 

Suatu hari, Farah ternampak iklan di internet sebagai caregiver di rumah Dr Nadeem (Redza Rosli) lalu menerima kerja tersebut walaupun syarat yg dikenakan Dr Nadeem agak pelik apabila dikhehendaki memadam semua media sosial dengan alasan melalaikan. Dr Nadeem juga bersetuju untuk membayar gaji seperti yg Farah minta.

Farah perlu menjaga isteri Dr Nadeem iaitu Anom (Janna Nick), tugas Farah pun mudah cuma perlu pastikan Anom mengambil ubat pada waktu yg ditetap dan juga memasak makanan tengah hari. pukul 5 petang dah boleh balik.

satu sahaja pantang larang Dr Nadeem adalah tak benarkan sesiapapun masuk bilik bawah tanah yg berada di rumah tersebut.

Misteri Mona

Anom mengalami gangguan emosi yg kronik dan selalu bermimpi seorang wanita. tapi pada hari pertama Farah bekerja, Anom nampak normal dan boleh berbual. Anom senang dengan sikap Farah yg tidak banyak bertanya dan mula bercerita dengan kisah hidupnya sewaktu kecil.

Anom menceritakan tentang ibunya yg berkahwin lain tapi tidak tahu lelaki tersebut panas baran dan penagih dadah. ibu Anom tidak mahu membuat laporan polis, Anom dan adiknya terpaksa melihat ibu mereka dipukul oleh ayah tiri mereka.

tanpa Farah sedar, Anom sebenarnya tidak makan ubat yg disediakan. pada malam tersebut Anom mula bertindak agresif dan mahu menyerang suaminya, nasib baik berjaya ditenangkan.

Misteri Mona

keesokan harinya teruk Farah dimarahi dan berjanji tidak mengulang lagi kesalahannya. Anom sendiri meminta maaf kerana telah menyebabkan Farah dimarahi suaminya. Anom kembali normal dan menyambung bercerita mengenai kisah silamnya.

Farah pelik apabila terselit satu nota dalam begnya, dia cuba membandingkan tulisan dalam nota tersebut dengan Anom dan Dr Nadeem tapi keduanya tidak sepadan. Farah tertanya-tanya siapa yg menghatar nota tersebut.

Anom pula curiga bila suaminya cuba menyembunyikan sesuatu dan apabila diperiksa, Anom menjumpai gambarnya dengan Dr Nadeem. tapi yg menarik perhatiannya adalah gambar ultrasound baby. Anom bingung dan tertanya-tanya adakah dia pernah mengandung sebelum ini. mengapa Anom tidak ingat semua itu?

sebenarnya apa masalah Anom sehingga mengalami emosi yg kronik dan siapakah Mona? apa yg Dr Nadeem cuba sembunyikan dalam bilik bawah tersebut? 

Review: Saka Nan Sepi (2020)


Filem : Saka Nan Sepi
Produksi : Alpha47 Films
Pengarah : Azri Azman, Razaisyam Rashid
Penulis Skrip : Razaisyam Rashid, Fatimah Ruzaimi, Azri Azman
Tayangan : 10 Disember 2020
Durasi : 86 minit
Pelakon : Namron, Sherry Al-Hadad, Syafiq Kyle, Mimi Lana, Han Zalini, Hushairi Husain

hari tu ternampak trailer filem Saka Nan Sepi di tv, bila tahu pengarah dia Razaisyam Rashid terus rasa nak tengok sebab semua cinematography dalam filem arahan Razaisyam sangat cantik.

Saka Nan Sepi

Saka Nan Sepi mengisahkan Othman (Namron) yg membawa keluarganya berkhemah di dalam hutan. Othman terlalu manjakan anak-anaknya sampaikan Ahmad Sufian (Syafiq Kyle) langsung tak boleh diharap, kerja dia main game dan bergaduh dengan mak tiri dia. Rozi (Mimi Lana) pula lebih suka buat hal sendiri.

Zaiton (Sherry Al-Hadad) seorang isteri yg cuba menyokong suaminya tapi dalam masa yg sama terasa juga bila anak-anak tiri dia tak hormat kat dia. lagi-lagi si Sufian yg suka cari pasal dengan Zaiton sebab mereka pernah sekelas dulu.

Rozi dirasuk saka ketika berkhemah dalam hutan tersebut, perangai tiba-tiba pelik semacam. dok keja sengih jaa, seram pula  keluarga dia tengok. Othman terus bawa Rozi berjumpa Tok Kassim untuk berubat, Rozi berjaya dipulihkan semula.

Saka Nan Sepi

ingatkan lepas berubat tu semua dah jadi ok tapi tak sangka pula saka ni mengikut sampai ke rumah mereka. sejak itu hidup Othman sekeluarga tak tenteram bila tak habis diganggu. saka ni pun dah buat rumah mereka macam rumah sendiri, siap pandai buka tv tengok kartun lagi..adoi..

lepas panggil seorang ustaz, baru mereka sekeluarga berani nak tegur saka ni. rupanya saka ni dari keturunan jin baik-baik yg nak berkawan tapi Othman sekeluarga dah salah faham. sejak itu saka dibela oleh keluarga Othman dan dilayan seperti anak sendiri dan diberi nama GirlBoy sebab si saka confius dengan identiti sendiri.

konflik mula terjadi apabila Tok Kassim mahu mengambil semula saka yg terlepas daripada simpanan dia.

Saka Nan Sepi

mula-mula aku ingatkan Saka Nan Sepi ni filem seram tapi tak sampai lima minit tengok terus tergelak sebab saka dia bodoh giler wei. adoi beza sangat saka ni dengan saka yg biasa kita tengok dalam citer melayu. saka ni jenis baka cacat sebab tu Rozi jadi hyper semacam bila kena rasuk. bercakap pun pakai kod morse tapi kelemahannya takut kucing, mudah terhibur dan ringan tulang.

semua pelakon pun memang best dan langsung tak ada masalah untuk bawa genre komedi. paling suka lakonan Namron sebab aku selaluny tengok dia bawa watak tegas dan ganas macam gangster tapi dalam ni alahai sentimental betul, bercakap pun kemain lembut macam mana la si sufianl tu tak besar kepala tapi memang kelakar la watak dia. overall, jalan cerita yg simple tapi menghiburkan.

filem Saka Nan Sepi boleh  ditonton di Astro First saluran 480 mulai 10 Disember 2020 dengan hanya RM15 sahaja. boleh juga tonton secara percuma tayangan perdana selama 30 minit di youtube channel Astro Shaw.

Sinopsis Drama Gerak Khas The Finale (TV3)

Gerak Khas The Finale

Drama : Gerak Khas The Finale
Produksi : Skop Production
Pengarah : Datuk Yusof Haslam
Siaran : TV3
Mula Tayangan : 4 Disember 2020
Episode : 28
Masa : Jumaat-Sabtu | 10.30 Malam
Pelakon : Erra Fazira, Norman Hakim, Salina Salibi, Izzat Mushtaq, Sheera Iskandar, Ungku Ismail, Farid Amirul, C. Kumaresan

Gerak Khas telah memasuki musim terakhir dan berpindah siaran dari RTM ke TV3 bermula 4 Disember 2020 dan memegang rekod sebagai siri yg paling lama bersiaran. 

Gerak Khas The Finale menampilkan barisan pelakon seperti Erra Fazira, Sheera Iskandar, Izzat Mushtaq, Norman Hakim dan ramai lagi. akan memulakan siarannya setiap hari Jumaat dan Sabtu jam 10.30 Malam, juga boleh ditonton secara percuma di website dan aplikasi iQiyi.

Gerak Khas The Finale memaparkan kes-kes jenayah yg kerap berlaku di dalam negara seperti rompakan, penculikan, pembunuhan dan sebagainya. Di bawah pimpinan DCP Datuk Helmi (Yusof Haslam), pasukan gerak khas berganding bahu untuk membanteras kes jenayah demi menjaga keamanan rakyat dan negara.

Episode 1 & 2 - Peluru Sesat

Pasukan polis menyiasat kes samun yg berlaku disyaki daripada penjenayah yg sama. Suatu malam, berlaku kes samun di sebuah ATM, Inpektor Izzat (Izzat Mushtaq) yg kebetulan berada di tempat kejadian mengejar penyamun tersebut bersama pasukannya.

Salah seorang penyamun tersebut melepaskan tembakan ke arah pasukan polis menyebabkan Izzat terpaksa menembak saspek. kes tersebut menjadi viral apabila polis tidak menjumpai pistol yg digunakan penjenayah dan netizen mengkritik anggota polis sengaja melepaskan tembakan ke arah orang awam.

kes bertambah rumit apabila identiti penyamun tersebut ialah Radhi, anak ahli politik berpengaruh Dato Rizman. Dato Rizman mahu menyaman PDRM dan Izzat kerana kecuaian mereka sehingga berlakunya kematian.

Inspektor Izzat direhatkan dari sebarang tugas buat sementara waktu. manakala pasukan polis kini memburu rakan jenayah Radhi dalam masa yg sama mereka mensyaki ada sesuatu tidak kena dengan Dato Rizman.

Sinopsis Drama Biar Mereka Cemburu (Astro Ria)

Sinopsis Drama Biar Mereka Cemburu (Astro Ria)

Drama : Biar Mereka Cemburu
Produksi : Global Station
Pengarah : Roslin Sharif
Penulis Skrip : Adzim Shahabudin, Ayuni Zamani, Baizura Kahar
Slot : Megadrama Astro Ria
Mula Tayangan : 1 Disember 2020
Episode : 16
Masa : Isnin-Khamis | 10.00 Malam
Pelakon : Aiman Hakim Ridza, Nabila Razali, Izzat Mushtaq, Bella Dowanna,
Aedy Ashraf, Rubini, Shah Rezza, Mas Anisa

Sinopsis Drama Biar Mereka Cemburu (Astro Ria)

Mengisahkan Nadia (Nabila Razali) yg bekerja sebagai penghantar makanan untuk sebuah kedai makan. Nadia meminati bidang photography tapi pada masa yg sama perlu mencari duit untuk menyara keluarganya di kampung.

Tengku Eidil (Aiman Hakim Ridza) pula anak kepada pemilik syarikat pengiklanan terkemuka yg hangat bercinta dengan Marsha Gordon. Eidil mempunyai masalah displin dan selalu lewat ke tempat kerja menyebabkannya sering ditegur oleh ayahnya.

Eidil sebenarnya dalam diam memberontak kerana ayahnya telah berkahwin lain. Eidil tidak suka dengan ibu tiri dan adik tirinya, Fetri (Aedy Ashraf).

Pertemuan Nadia dan Eidil bermula apabila Eidil yg sedang memandu terlanggar lopak air menyebabkan Nadia yg berhenti di tepi jalan kebasahan. Nadia tidak berpuas hati dengan Eidil dan cuba membalas dendam apabila bertemu dengan Eidil sekali lagi.

pada masa yg sama, Rustam (Izzat Mustaq) yg bekerja di kedai makan tersebut telah lama menyimpan perasaan pada Nadia. adakah Rustam dapat meluahkan perasaannya pada Nadia? apa yg akan berlaku apabila Aedil bertemu sekali lagi dengan Nadia? Nantikan episod seterusnya dalam Biar Mereka Cemburu.

Sinopsis Drama Cinta Sekali Lagi (TV3)

Sinopsis Drama Cinta Sekali Lagi (TV3)

Drama : Cinta Sekali Lagi
Produksi : Suhan Movies & Trading Sdn Bhd
Pengarah : Pali Yahya
Penulis Skrip : Nieza Nahar
Slot : Akasia TV3
Mula Tayangan : 4 November 2020
Episode : 28
Masa : Isnin-Jumaat | 7.00 Malam
Pelakon : Saharul Ridzwan, Nelydia Senrose, Hannah Delisha, Raja Afiq, Ezzaty Abdullah, 
Haziq Fadhullah, Dilla Ahmad, Haleeda Mazlin, Arash Mohd, Luqman Hafidz

Sinopsis Drama Cinta Sekali Lagi

Mengisahkan kehidupan dua beradik iaitu Amanda (Nelydia Senrose) dan Amani (Hannah Delisha). Amanda selalu dipersalahkan oleh Amani kerana telah menyebabkan kecederaan pada adiknya hingga mempunyai parut kekal di tangan. 

kerana kejadian tersebut, Amanda selalu berusaha untuk menjaga hati Amani. Amani pula tidak pernah suka pada Amanda dan selalu mahu lebih daripada Amanda dalam segala hal.

Amanda baru sahaja memulakan kerjayanya sebagai pereka di Anggun Jewels namun sejak hari pertama Amanda rasa terganggun dengan perangai Fahad yg agak kasar bila bercakap dengan perempuan dan mereka juga selalu berselisih pendapat.

suatu hari, Fahad disabatoj rakan sekerja yg membuatnya hampir hilang kerja tapi Amanda berjaya membuktikan yg Fahad tidak bersalah. sejak hari itu, hubungan mereka semakin rapat dan Fahad mula jatuh cinta pada Amanda dan menyatakan hasratnya untuk melamar Amanda.

satu persamaan antara Fahad dan Amanda ialah mereka selalu mengutamakan keluarga sendiri sehingga tak ada masa untuk mencari jodoh sendiri. mungkin kerana itu juga, mereka mudah serasi dan jatuh cinta antara satu sama lain.

Amani pula tidak sabar untuk berkahwin dengan Ungku Mukhlis kerana berangan untuk hidup mewah tambahan pula Mukhlis itu berketurunan kerabat dan mempunyai syarikat keluarga.

Bagi Puan Nazira pula, dia merasakan anak bongsunya terlalu muda untuk berkahwin dan Amani masih lagi belajar. Namun begitu, Puan Nazira terpaksa mengikut kemahuan Amani dan mengenakan syarat Amani dan Amanda perlu menikah pada hari yg sama.

Amani tidak puas hati apabila pada majlis pernikahan mereka, Amanda mendapat perhatian lebih daripada tetamu yg hadir dan majlis perkahwinannya juga tidak semewah yg dirancang kerana Mukhlis tidak mampu. 

Amanda dan Fahad semakin bahagia dengan perkahwinan mereka. lain pula dengan Amani yg selalu mengadu Mukhlis tidak melayannya dengan baik dan keluarga mertua sendiri tidak menyukai Amani.

padahal Amani tidak berpuas hati bila mengetahui yg Mukhlis tidak sekaya yg dia bayangkan dan Amani selalu buat perangai di depan keluarga mertuanya. sehingga keluarga Mukhlis sendiri tidak mahu ambil peduli mengenai masalah Amani dan Mukhlis.

Amani cemburu melihat kebahagian kakaknya. sejak itu dia selalu mencari jalan untuk bercerai dengan Mukhlis dan meraih simpati Fahad. selepas bercerai dengan Mukhlis, Amani mula mengatur strategi untuk merampas Fahad daripada Amanda walaupun terpaksa menggunakan jalan keji.

Nak tahu apa jadi seterusnya kena teruskan menonton episod seterusnya dalam drama Cinta Sekali Lagi. boleh juga tonton secara percuma drama Cinta Sekali Lagi melalui website atau aplikasi iQiyi.

Sinopsis Drama Sang Pewaris (TV3)

Sinopsis Drama Sang Pewaris (TV3)

Drama : Sang Pewaris
Produksi : Global Station Sdn Bhd
Pengarah : Eyra Rahman
Penulis Skrip : Eenaz Mokhtar, Farah Alya Asari
Slot : Lestary TV3 / WeTV
Mula Tayangan : 26 November 2020
Episod : 13
Masa : Rabu-Jumaat | 9.00 Malam
Pelakon : Ben Amir, Amyra Rosli, Zarynn Min, Zamarul Hisham, Ieda Moin,
Sheila Mambo, Wan Sharmila, Harun Hashim, Fad Anuar

Sinopsis Drama Sang Pewaris

mengisahkan Ali (Ben Amir), anak angkat kepada Pak Samad dan Mak Bedah. Pak Samad tidak pernah menceritakan dari mana dia jumpa Ali mahupun keluarga kandung Ali. Ali selalu bermimpi seorang gadis dan Ali percaya mungkin itu petunjuk kepada keluarga kandungnya.

Mahmud (Zamarul Hisham) yg bekerja dengan Tan Sri Megat Khairuddin telah berusaha mencari anak majikannya yg hilang sehingga dia jumpa petunjuk dan pergi ke kampung Ali. daripada maklumat yg diperolehi, Mahmud percaya Ali adalah Megat Dali yg dicarinya selama ini malangnya Pak Samad tidak mahu memberi kerjasama. Mahmud selalu terlepas peluang untuk bertemu sendiri dengan Ali.

Suatu hari, Ali terlanggar seorang perempuan dan secara tak sengaja terambil dompet kepunyaan gadis tersebut. Ali terkejut bila ternampak gambar lelaki yg mempunyai muka yg sama dengannya. Ali perlu pulangkan dompet tersebut kepada pemilik asal yg bernama Zara.

Zara (Amyra Rosli) adalah tunang kepada Megat Amer. Ali sebenarnya adalah Megat Dali yg merupakan anak kepada Tan Sri Megat Khairuddin dan Puan Sri Kamariah, dan Megat Amer adalah kembar Ali.

Bagaimana Ali boleh terpisah daripada keluarga kandungnya dan bagaimana Pak Samad boleh mengambil Ali sebagai anak angkatnya? Nantikan episod seterusnya dalam drama Sang Pewaris.

Sinopsis Drama Isteri Misteri (TV3)

Sinopsis Drama Isteri Misteri (TV3)

Drama : Isteri Misteri
Produksi : Primework Studio Sdn Bhd
Pengarah : Esham Shahlin
Slot : Drama Pukul 6 TV3 / Viu Original
Mula Tayangan : 25 November 2020
Episod : 10
Masa : Rabu-Khamis | 6.00 Petang
Pelakon : Sharnaaz Ahmad, Tiz Zaqyah, Sharifah Sakinah, Azar Azmi, 
Azira Shafinaz, Qistina Raisah, Damia Danisha, Umar Shakur

Drama Isteri Misteri merupakan drama terbaru kerjasama antara Primework Studio bersama platform penstriman VIU. secara tak langsung drama Isteri Misteri ini dapat ditonton di TV3 pada pukul 6.00 petang dan juga di aplikasi VIU pada pukul 7.00 malam setiap hari rabu dan khamis mulai 25 November 2020.


Sinopsis Drama Isteri Misteri

mengisahkan Rizal (Sharnaaz Ahmad) yg beristeri dua iaitu Emma (Tiz Zaqyah) dan Yatie (Sharifah Sakinah), kedua-duanya tidak tahu diri mereka dimadukan.

Isteri pertamanya Emma, sibuk menguruskan anak-anak dan bisnes online sehingga Rizal rasa terabai. manakala Yatie pula tidak boleh berenggang sehingga Rizal berasa rimas.

Suatu hari, Rizal termimpi dirinya dibunuh tapi yg menjadi kemusykilan siapa yg mahu membunuhnya. sehingga secara kebetulan Rizal terjumpa tok bomoh di tepi jalan yg beritahu Rizal akan dibunuh oleh isterinya. Rizal mula runsing memikirkan antara Emma dan Yatie, siapa yg mahu membunuhnya.


dalam masa yg sama tak meghalang Rizal untuk berkahwin dengan Lisa (Azira Shafinaz) di Golok. bagi Rizal, Lisa adalah cinta matinya yg sempurna yg boleh buat dia rasa dicintai dan mencintai.

Jun (Azar Azmi) sebagai pembantu peribadi Rizal penat nak susun jadual dan cover Rizal untuk isteri-isterinya. Jun dah bagi warning supaya Rizal tak kahwin lagi, masalah Rizal bukan nak dengar cakap. 

Dengan bantuan Jun, Rizal perlu menyelamatkan diri daripada menjadi mangsa isteri. masalahnya antara tiga isterinya ini siapa yg mempunyai niat mahu membunuhnya?

Review: Mulut Masin (2020)

Review: Mulut Masin (2020)

Tajuk : Mulut Masin
Produksi : Astro Shaw Sdn Bhd
Pengarah : Razaisyam Rashid
Tayangan : 19 November 2020
Durasi : 79 minit
Pelakon : Jazy Nazif, As’ad Motawh, Danish Hazriq, Muzayyin Mahyuddin,  Cassia Iman, Lan Pet Pet, Maria Farida, FarahDhiya

Selepas menghasilkan filem seram Pusaka, Razaisyam kembali semula dengan karya terbaru, Mulut Masin yg bergenrekan komedi seram. antara keistimewaan filem ini adalah watak utamanya dipegang oleh pelakon kanak-kanak.

Review: Mulut Masin (2020)

Mulut Masin mengisahkan Ajib yg tinggal dengan neneknya selepas kematian kedua ibu bapanya. apabila neneknya meninggalkan dunia, Ajib rasa dia macam hidup seorang diri bila tengok bapa saudara dan emak saudaranya sibuk bergaduh berebutkan harta nenek.

dalam wasiat nenek jelas dinyatakan kena tunggu sehari lagi baru boleh buka kotak untuk baca wasiat sebenar. siap warning kalau langgar pantang larang ni, nenek bangun dari kubur nanti.

biasalah budak-budak kan benda yg dilarang itulah yg mereka nak buat. secara tak sengaja mereka telah buka kotak tersebut dan mendapati wasiat tersebut telah hilang. masing-masing percaya semua itu sumpahan nenek mereka.


Ajib, Azan, Boyot, Roy dan Ayu perlu bekerjasama untuk merungkai teka-teki yg ditinggalkan nenek mereka. mereka perlu mencari wasiat tersebut sebelum perkara ini diketahui ibu bapa mereka.

jalan cerita Mulut Masin ni nampak menarik tapi plot agak longgar bila budak-budak mulakan misi mereka untuk mencari wasiat tu. rasa macam budak-budak ni main tressure ke sana ke sini nak selesaikan teka-teki tu. gigih betul orang yg letak semua klu tu. last pusing balik ke rumah juga.

aku boleh rate elemen komedi mulut komedi level sederhana tapi level seram pula aku tak tahu kat mana yg seramnya kecuali scene kubur tu.


tapi benda yg harus diberi kredit untuk filem Mulut Masin adalah penggunan tulisan jawi dan juga pantun secara tak langsung mengangkat nilai seni kemelayuan dalam filem melayu. lakonan semua pelakon kanak-kanak patut diberi pujian sebab masing-masing langsung tak nak kekok dan berjaya bawa watak masing-masing dengan baik.

Mulut Masin sebuah filem kekeluargaan yg santai, kalau tengok sorang diri rasa bosan pula tapi kalau tengok satu keluarga baru best dan menghiburkan kot. siapa berminat boleh langgan filem ini di Astro First saluran 480 mulai 19 November 2020 dengan harga RM15.

Hadiah Dari Blogger Syazni Rahim


Petang semalam terima bungkusan dari J&T, isinya buku pertama Syaz Eym. terima kasih Kak Syaz!

aku baru terbaca cerpen pertama, nampak menarik juga. lepas habis baca nanti insyallah akan tulis review. Tahniah Kak Syaz teruskan berkarya, semoga terus sukses dalam dunia penulisan 😀

siapa yg berminat untuk dapatkan karya sulung Syaz Eym boleh terus contact penulis di: Syazni Rahim Blog

Sinopsis Drama Beri Sedikit Waktu (TV3)

Sinopsis Drama Beri Sedikit Waktu (TV3)

Drama : Beri Sedikit Waktu
Produksi : Suhan Movies & Trading
Pengarah : Zamri Zakaria
Penulis Skrip : Sharifah Abu Saleem & Insheera Nordin
Slot : Samarinda TV3
Mula Tayangan : 16 November 2020
Episod : 15
Masa : Isnin-Khamis | 10.00 Malam
Pelakon : Zara Zya, Aqasha, Shahz Jaszle, Atikah Suhaime,  Laila Nasir, Farisha Irrwayu, Rayyan Nur Iman, Farid Al Wari, Ain Sofea


Sinopsis Drama Beri Sedikit Waktu

mengisahkan Niya (Zara Zya) yg diceraikan talak satu oleh Farhan (Shah Jaszle) tanpa sebarang alasan yg kukuh.  Niya juga turut kehilangan anaknya yg dirampaas oleh ibu mertuanya.

Farhan telah berkahwin dengan Haryani (Atikah Suhaime) tanpa pengetahuan Niya. ibu Farhan merestui perkahwinan kedua Farhan kerana ibu Farhan dari awal lagi tidak berkenan dengan Niya. Farhan juga selalu menceritakan benda buruk mengenai Niya menyebab hubungan mertua dan menantu bertambah keruh.


Selepas bercerai, Niya dapat tahu Farhan berhutang dengan ceti haram dan Niya juga turut kehilangan rumahnya. Niya perlu bangkit untuk menyara hidupnya dan perlu cari jalan mengambil semula anaknya Luqman.

Imran (Aqasha) pula seorang yg mementing kesempurnaan dalam mengatur kehidupan dan mudah marah kalau benda yg dirancangnya tidak menjadi. Imran mempunyai trauma disebabkan pengalaman pahit melihat ibunya dipukul sewaktu kecil.

Bagaimana kehidupan Niya selepas diceraikan Farhan, adakah Imran mampu melawan traumanya?

Sinopsis Drama Tiada Arah Jodoh Kita (TV3)

Sinopsis Drama Tiada Arah Jodoh Kita (TV3)

Drama : Tiada Arah Jodoh Kita
Produksi : Primeworks Studios Sdn Bhd
Pengarah : Eoon Shuhaini
Penulis Skrip : Syed Mohamad Taufik Syed Abdul Jalil
Slot : Akasia TV3
Mula Tayangan : 13 Februari 2018
Episode : 28
Masa : Isnin-Jumaat | 7.00 Malam
Pelakon : Shukri Yahaya, Aprena Manrose, Hafeez Mikail, Erwin Dawson, Mustaqim Bahadon, Azar Azmi, Livonia Ricky, Dian P.Ramlee, Aleza Shadan


Sinopsis Drama Tiada Arah Jodoh Kita

Afia Awliya (Aprena Manrose) mencapai kebahagian dalam hidupnya apabila bercinta dengan Fayyad Syakir (Erwin Dawson). Namun Fayyad tiba-tiba meminang Afia untuk kawan baiknya Megat Wakeel  (Hafeez Mikael) yg dah lama menyimpan perasaan pada Afia.

Afia pada mulanya kecewa akhirnya bersetuju dengan perkahwinan tersebut kerana sifat Wakeel yg penyayang. Megat Aathif (Syukri Yahya) yg merupakan abang Wakeel cuba menghalang perkahwinan tersebut namun kemudiannya Aathif redha dengan permintaan adiknya itu.

Selepas berkahwin Aathif agak prejudis dengan Afia tapi mula mengubah persepsinya terhadap Afia selepas melihat kesungguhan Afia menjaga Wakeel yg menghidap kanser. Afia berjaya membuktikan dia bahagia dengan Wakeel.

Pemergian Wakeel menyebabkan Afia mengalami kemurungan, dia juga terpaksa mengadap Fayyad yg kembali menagih cintanya. Namun, Afia memilih untuk berkahwin dengan Aathif yg selama ini menyimpan perasaan padanya. 

Perkahwinan mereka mula diuji apabila Aathif perasan akan perubahan diri Afia yang suka bercakap seorang diri dan menuduh Aathif mempunyai perempuan lain. Apabila diperiksa doktor, Afia disahkan mengalami gangguan.

Review Novel | Imamku Lelaki Pendosa by Umie Nadzimah

Umie Nadzimah

Novel : Imamku Lelaki Pendosa
Penulis : Umie Nadzimah
Helaian : 471
Penerbit : Karya Seni
Terbitan : Jun 2020

Imamku Lelaki Pendosa mengisahkan Cahaya Malaika seorang gadis yg ceria dan baik hati. Cahaya sedang menghitung hari untuk berkahwin dengan Nik Safri tapi putus di tengah jalan. Nik Safri tak boleh terima status Cahaya anak angkat yg tak tahu asal usulnya. memang pedihlah tapi lagi kecewa bila keluarga pihak lelaki datang menghina Cahaya sekeluarga.

tak lama selepas itu, Datin Junaidah kenalan lama bapanya berkenan nak jadikan Cahaya menantu untuk anaknya Dean Ilyas. cara datin ni nampak tergesa-gesa sangat nak langsungkan majlis macam ada benda tak kena sahaja yg menjadi tanda tanya di situ.

Dean Ilyas seorang lelaki yg nampak terlalu perfect, sangat gentleman, anak yg taat, karier pun mantap tapi pelik kenapa tak ada teman kekasih.

walaupun perkahwinan mereka diatur keluarga, Cahaya dan Dean setuju dengan perkahwinan tersebut. hidup Cahaya lepas kahwin pun bahagia dengan layanan Dean tapi satu je kurang..hurmmm. lagi satu bila muncul orang ketiga dalam perkahwinan mereka.

aku ada terbaca review novel Imamku Lelaki Pendosa sebelum baca kisahnya, dari situ aku dah boleh teka apa isu yg ada dalam novel ni tapi tak nak bagi spoiler kat sini..hehe

apa yg aku boleh cakap, Cahaya ni memang jenis yg tabah dan sangat penyabar sebab boleh hadap setiap cabaran yg datang dalam hidupnya lagi-lagi bila tahu diri sebenar Dean Ilyas. cara dia tarik Dean untuk kembali balik ke jalan yg benar itu memang tabik.

Quote menarik dalam buku ni:
Sebaik-baik orang yg berdosa adalah mereka yg insaf, bertaubat dan memperbaiki. Tidak ada insan suci yg tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yg berdosa yg tidak mempunyai masa depan.

overall semua watak dalam novel ni memang best dan banyak pengajaran dalam novel ni.

Sinopsis Drama Aku Yang Kau Tinggalkan (TV1)

Sinopsis Drama Aku Yang Kau Tinggalkan (TV1)

Drama : Aku Yang Kau Tinggalkan
Produksi : Global Station Sdn Bhd
Pengarah : Azri
Penulis Skrip : PGRs Team, Rozie Rashid & Ab Zarith
Slot : Widuri TV1
Mula Tayangan : 6 Mei 2019
Episode : 30
Masa : Khamis-Ahad | 7.00 Malam
Pelakon : Ungku Ismail Aziz, Elizad Sharifuddin, Natasya Mahyan, Adam Shadan, Aedy Ashraf, Husna Mustaffa, Roy Azman, Laila Nasir, Safwan Nazri, Dian P Ramlee, Fadilah Mansor

Sinopsis Drama Aku Yang Kau Tinggalkan

Perkahwinan antara Nia Athirah (Siti Elizad) dan Zaril Ikhwan (Ungku Ismail) bukan atas dasar cinta sebaliknya Nia memerlukan wang untuk membantu keluarganya. Zaril pula memerlukan seseorang untuk menjaga dirinya yg sedang sakit.

Dalam tempoh tersebut, Nia mula jatuh hati dengan suaminya dan berharap perkahwinan mereka akan terus kekal. Namun tercetus salah faham sehingga Nia disingkirkan sebaik sahaja Ikhwan sembuh sepenuh. Nia pula membawa diri ke Turin, Itali.

Selepas bertahun, Nia dan Zaril bertemu semula di Turin lalu mencetuskan perasaan benci, marah dan dendam yg terbuku di hati. Walaupun masih ada dendam dan rahsia yg terpendam, mereka memilih untuk  berpisah kerana itu jalan terbaik buat mereka. 

Tidak perlu lagi menyalahkan takdir walaupun Nia dan Zaril Ikhwan merasakan diri masing-masing yang sebenarnya telah ditinggalkan. Apakah rahsia yang dipendamkan itu?

Sinopsis Drama Angkara Cinta (Astro)

Sinopsis Drama Angkara Cinta (Astro)

Drama : Angkara Cinta
Produksi : Juita Viden Sddn Bhd
Pengarah : Hadith Omar
Penulis Skrip : Amor Rizan, Rehal Nuharis
Slot : Tiara Astro Prima
Mula Tayangan : 2 November 2020
Episode : 70
Masa : Isnin-Jumaat | 6.00 Petang
Pelakon : Hun Haqeem, Meerqeen, Wanna Ali, Syazwan Zulkifly, Yuna Rahim, Nina Juren, Normah Damanhuri, Sharifah Shahora, Azhar Amir, Roy Azman,  Lydiawati

Angkara Cinta mengisahkan dua remaja yg berkongsi nama yg sama iaitu Luqmanul Haqeem. Luqman (Hun Haqeem) dan Haqeem (Meerqeen) membesar dalam latar keluarga y jauh berbeza. Seorang dibesarkan dalam serba kemewahan manakala seorang lagi dihimpit kemiskinan.

Angkara Cinta

Luqman (Hun Haqeem) dan Haqeem (Marqeen) bertemu ketika perlawanan futsal antara sekola. berlaku salah faham sehingga membuatkan mereka bergaduh gara-gara nama mereka yg sama iaitu Luqmanul Haqeem.

Haqeem yg pulang ke rumah dalam keadaan lebam terpaksa memberitahu perkara sebenar kepada ibunya. Mariani (Nina Juren) terkenang peristiwa lepas selepas Haqeem beritahu terjumpa orang yg berkongsi nama yg sama dengannya.

alkisahnya 18 tahun yg lalu, Mariani berkahwin dengan Razlan dengan tujuan untuk dapatkan duit memandangkan Mariani seorang ibu tunggal yg perlu menyara ibu dan anaknya. Razlan pula dalam dilema bila emaknya mahu menjodohkannya dengan gadis pilihannya ketika itu. Mariani tahu perkara tersebut kerana Razlan telah menceritakan masalahnya sebelum mereka berkahwin.

Angkara Cinta

Mariani tak sangka dia boleh jatuh cinta kerana layanan Razlan yg begitu baik. namun begitu, Razlan tiba-tiba menghilangkan diri, Mariani yg tahu dia mengandung cuba mencari Razlan tapi gagal dan terpaksa menerima jodoh mereka tidak berpanjangan.

Puan Liza yg merupakan ibu mertua Razlan dapat tahu yg Razlan pernah berkahwin sebelum bernikah dengan anaknya, Indah. Puan Liza memilih untuk rahsiakan kewujudan Mariani memandangkan Indah pun sedang mengandung ketika itu dan pastikan Mariani tidak terus menganggu keluarganya.

tidak lama selepas itu, Indah melahirkan seorang anak lelaki. Mariani juga melahirkan kembar tapi salah seorangnya meninggal dunia tapi Razlan langsung tidak tahu tentang Mariani.

Angkara Cinta

Selepas pergaduhan tersebut, Luqman dan Haqeem menjadi kawan baik namun persoalannya apa yg akan berlaku apabila mereka tahu kisah sebenar yg mereka adalah adik-beradik. banyak konflik bakal tercetus ditambah pula mereka mencintai Adira (Wanna Ali).
.
Bagaimana nasib Mariani dan Haqeem seterusnya? Adakah Razlan akan menebus kesilapan dan kekesalannya melepaskan tanggungjawab terhadap mereka dahulu? nantikan semua jawapannya dalam Angkara Cinta. 

Lagu | Siti Nordiana - Angkara (OST Angkara Cinta)


Artis : Siti Nordiana
Lagu : Angkara (OST Angkara Cinta)
Komposer : Sharon Paul
Lirik : Fedtri Yahya, Nana Alias

LIRIK

Aku bagaikan merpati di awan
Berkelana di langit tak pasti
Antara bulan
Terlihat jelas rahsia hati

Aku hanyut dibuai waktu
Gelap sepi tak pernah menyakiti
Biarlah aku bahagia begini

Biar
Biar aku lepaskan jiwa yang kau tinggalkan
Biar aku bebas untuk selamanya
Habis punah semua resah angkara dusa
Mengapa kau kembali merayuku

Aku pencinta
Ditimbus prasangka
Cukup sudah segala kepalsuan
Sampai waktunya
Ku harus teguh pertahan jiwa

Aku hanyut dibuai waktu
Gelap sepi tak pernah menyakiti
Biarlah aku bahagia begini

Biar
Biar aku lepaskan jiwa yang kau tinggalkan
Biar aku bebas untuk selamanya
Habis punah semua rasa angkara dusta
Mengapa kau kembali merayuku

Ku bukan yang dulu terdiam dan kaku
Hanya berserah mengenang takdir
Kini aku mampu berlari
Tiada yang menghalangi

Biar
Biar aku lepaskan jiwa yang kau tinggalkan
Biar aku bebas untuk selamanya
Habis punah semua rasa angkara dusta
Mengapa kau kembali merayuku

Lagu | Misha Omar - Tanpa Rela (OST Cinta Sekali Lagi)


Artist : Misha Omar
Lagu : Tanpa Rela (OST Cinta Sekali Lagi)
Komposer : Misha Omar, Sze Wan
Lirik : Misha Omar, Slen Fadzil, Zul Husni

LIRIK

Saat engkau pergi
Dan tinggalkan cintaku
Terbiar hatiku hanyut tak terpujuk

Semua terjadi atas kemahuanmu
Memadam hatiku dan hadiahkan ku..sepi

Sayang tak pernah kuduga
Keegoanmu mematikan rasa
Cinta yang ku puja
Terhapus dimamah dusta
Teganya kau mengakhiri
Dan memilih dia

Hanya aku dan diriku
Sendirian didera waktu
Melara dihukum kecewa
Tanpa relaku

Semua terjadi atas kemahuanmu
Memadam hatiku dan hadiahkan ku..sepi

Sayang tak pernah ku duga
Keegoanmu mematikan rasa
Cinta yang ku puja
Terhapus dimamah dusta
Teganya kau mengakhiri dan memilih dia

Hanya aku dan diri ku
Sendirian didera waktu
Melara dihukum kecewa
Tanpa relaku

Berakhir kisah duka antara kita
Hanya Tuhan yang tahu segalanya

Sayang tak pernah ku duga
Keegoanmu mematikan rasa
Cinta yang ku puja
Terhapus dimamah dusta
Teganya kau mengakhiri
Dan memilih dia

Hanya aku dan diri ku
Sendirian didera waktu
Melara dihukum kecewa
Tanpa relaku

Drama Hindi | Main Naa Bhoolungi (TV3)


Drama : Main Naa Bhoolungi
Episod : 157
Slot : Sonia TV3
Masa : Isnin-Khamis | 4.00 Petang
Pelakon : Aishwarya Sakhuja, Vikas Manaktala, Avinesh Rekhi, Nigaar Khan

SINOPSIS DRAMA HINDI MAIN NAA BHOOLUNGI



Shikha Gupta seorang wanita yg pandai bijak yg kemudiannya berkahwin dengan seorang ahli perniagaan bernama Sameer Verma dan dikurniakan seorang anak. Perkahwinan mereka nampak bahagia namun tersimpan satu rahsia. Sameer atau nama sebenarnya Aditya Jagannath mempunyai rancangan besar dengan mengahwini Shikha.

Aditya cuba membunuh Shikha lalu menculik anak mereka, Manav. namun begitu, Shikha terselamat dan mula bangkit untuk menuntut kembali anaknya yg dirampas Aditya. Shikha juga dapat tahu Aditya telah berkahin dengan seorang gadis bernama Madhurima.


Shikha kembali dengan identiti baru kepada Samaira Seth, anak perempuan kepada seorang ahli perniagaan yg menetap di Switzerland, Amrith Seth. Shikha kemudiannya mendapat peluang menjadi duta syarikat Jagannath.

Shikha cuba membuat rumah tangga Aditya dan Madhurima menjadi porak peranda dan secara perlahan menggoda Aditya sehingga berjaya kahwin dengan Aditya dan membuat Madhurima menjadi gila. bila Shikha berjaya masuk dalam hidup Aditya secara tidak langsung dia dapat bertemu semula dengan anaknya.