Movie | London Sweeties (2019)

 

Title : London Sweeties (2019)
Country : Thailand
Release Date : 31 January 2019
Duration : 1 hour 32 minutes
Cast : Bow Maylada, Freud Chatphong, Best Nathasit, Aerin Sireeporn,
Achira Detter, Kellen James

London Sweeties sebuah filem komedi thailand mengisahkan Pron, Bo dan Chut yg tidak boleh berkomunikasi dalam bahasa inggeris pergi ke London atas tujuan tertentu.


Pron pergi ke London kerana kakaknya, Pen tinggal di sana dan bakal berkahwin dengan Michael. dari awal lagi Pron agak berat hati untuk ke sana kerana tidak boleh berbahasa inggeris dan Pron juga takut nak bertemu dengan bakal abang iparnya disebabkan perbezaan bahasa antara mereka. Pron selalu mengelak daripada bertembung dengan Michael sampai bakal abang ipar dia ni jadi stress juga sebab ingatkan Pron tak suka dengan dia.

sementara tinggal di London, Pen suggest kepada Pron untk mengambil kelas bahasa inggeris supaya Pron dapat improve dan boleh berkomunikasi dalam bahasa inggeris. dalam kelas tersebut, dia berkenalan dengan Bo dan Chut.


Bo seorang mekanik dan bercinta jarak jauh dengan Four yg sedang belajar di London. Bo membuat keputusan untuk menjual rumahnya dan pergi ke London untuk berjumpa dengan Four. Bo pun tak boleh berkomunikasi dalam bahasa inggeris yg dia tahu cuma Yes dan No. lawak juga bila orang tanya soalan dalam english semua jawapan dia ialah Yes.

manakala Chut pula pergi ke London disebabkan kena cabar dengan member-member dia so dia nak buktikan yg dia pun boleh speaking dengan mat Salleh tapi hakikatnya dia pun ada masalah yg sama dengan Pron dan Bo juga. Chut bekerja di sebuah restoran makanan thai di sana dan jatuh hati pada seorang perempuan London yg juga pekerja di situ.


dalam kelas tersebut juga ada seorang seorang mamat Perancis yg tak boleh berbahasa inggeris minat pada Pron. Pron ni seriusly comel giler, watak dia jenis yg kalut sikit, bila tahu Aung Tuan ni minat dia awal-awal lagi Pron lari sebatu. Pron juga takut nak bercakap dengan Aung Tuan disebabkan perbezaan bahasa antara mereka.

cuma selepas Aung Tuan tolong Pron barulah hubungan mereka semakin rapat. kelakar juga tengok diorang dating, bila bersembang tu seorang bercakap dalam bahasa siam seorang lagi bahasa Perancis masalahnya benda yg diorang sembang tu benda yg berbeza, tapi confident je macam faham each other.


jalan cerita London Sweeties ni simple je dan juga kelakar tengok macam mana diorang yg tak boleh berbahasa inggeris nak survive di London. konflik dalam filem ni pun tak banyak  sebenarnya cuma kat hujung tu ada konflik sikit apabila mereka ada masalah miscommunication dengan pasangan masing-masing tapi konflik dia tak meleret sangat pun. ending dia sangat sweet.

10 comments:

  1. Oh, this sounds interesting. Nanti nak cuba tengoklah :D

    ReplyDelete
  2. Ok baik, bookmark 🙋

    ReplyDelete
  3. Adoi... Mesti sweet filem ini..

    ReplyDelete
  4. mesti best nih, cite thailand kalau kelakar tu memang kelakar betul, tengok dari jalan cerita pun dah tau mesti best

    ReplyDelete
  5. Ada tgk iklan movie ni kt astro. Nampak mcm best je.

    ReplyDelete
  6. ok, mesti kelakar gilerr cite ni!

    ReplyDelete