Movie | Low Season (2020)


Title : Low Season
Country : Thailand
    Director : Nareubadee Wetchakam
Release Date : 13 February 2020
Duration : 2 hour 5 minutes
Cast : Mario Maurer, Ploypailin Thangprapaporn, Zung Kidakarn,
Joke Akarin, Nicky Nachat, Four Sakolrat

ada ternampak trailer movie ni, lepas tu kat facebook ada yg recommend movie ni best. so kita pun decide untuk tonton Low Season sebab abang Mario yg berlakon, lepas tu heroin pula nampak macam Lisa Blackpink.

`

Low Season mengisahkan Lin yg ada kebolehan untuk melihat hantu sejak dilahirkan. Lin bercinta dengan Tor sejak di kolej sehinggalah Tor berjaya menjadi penyanyi terkenal. Tor tak tahu yg Lin boleh melihat hantu dan jadi makin rimas dengan perangai pelik Lin so Tor minta putus.

Lin pergi bercuti jauh dari ibu kota untuk merawat hati yg kecewa dan melupakan Tor. bercuti time low season memang best sebab murah dan tak ramai orang tapi low season juga dikaitkan dengan orang frust bercinta. Lin bertemu dengan geng yg ada masalah yg sama dengannya.


Pud adalah screenwriter yg kemudiannya mendapat idea untuk menjadikan Lin sebagai watak utama dalam sinopsis terbarunya. Pud tulis cerita seram yg heroinnya ada kelebihan untuk hantu tapi dia tak tahu yg Lin ada kelebihan tersebut.

Pud membawa Lin ke sebuah kawasan pergunungan melawat kawannya Karay bagi membuat research berkaitan sinopsisnya. banyak kejadian aneh berlaku di situ dan Pud juga mengetahui tentang rahsia Lin.


my expectation untuk Low Season ni agak tinggi sebab Mario pernah berlakon dalam filem genre yg sama, Pee Mak. itu yg jadi kecewa sikit. serius cakap filem ni sebenarnya santai sahaja dan jangan nak expect melebih sangat. elemen seram dalam filem ni pun disebabkan kelebihan Lin yg boleh tengok hantu, itupun tak bagi impak yg besar.


chemistry antara Ploy dan Mario tak cukup kuat untuk aku enjoy dengan keseluruhan ceritanya. bagi aku Ploy nampak terlalu muda untuk watak Lin, boleh nampak jurang umur antara Ploy dengan pelakon yg lain. itu yg buat aku rasa terganggu sikit bila tengok filem ni.

jalan cerita Low Season ni simple je tentang perjalanan Lin untuk move on daripada kisah cinta lalunya. itupun macam tak boleh move on bila Tor call minta maaf terus cair. meh~

1 comment: