Sinopsis Drama Cetera Hati Diya (TV3)

Sinopsis Drama Cetera Hati Diya (TV3)

Drama : Cetera Hati Diya
Slot : Akasia TV3 (Ulang Tayang)
Episode : 15
Masa : Isnin-Jumaat | 7.00 Malam
Pelakon : Azar Azmi, Fattah Amin, Faye Kusairi, Azrel Ismail, Zila Bakarin

Sinopsis Drama Cetera Hati Diya

Adelia Dayana (Azar Azmi) menguruskan projek syarikat Zakuan (Azrel Ismail), dalam masa yg sama Zakuan tertarik dengan gadis itu. Zakuan bengang dan rasa tercabar apabila cintanya ditolak lalu memperkosa Adelia.

Sejak kejadian itu, Adelia menjadi trauma dengan lelaki dan bertambah sedih apabila tahu dirinya mengandung. malah Adelia juga dibuang keluarga sendiri apabila mereka mengetahui dia  mengandung setelah dikejarkan ke hospital setelah terjatuh lalu keguguran.

Adelia mahu memulakan hidup baru dengan bekerja di kafe milik Kamelia (Faye Kusairi) tapi kehadiran Zahil (Fattah Amin) buat Adelia rasa terganggu.

Zahil adik kepada Kamelia tapi Adelia tak tahu yg Zahil juga adik kepada Zakuan dan tahu apa yg berlaku kepada Adelia. Zahil mendesak Zakuan bertanggungjawab atas perbuatannya tapi Zakuan melarikan diri ke luar negara. Adelia tidak sedar yg Zahil selalu menjaganya dari jauh selama ini.

Zahil nekad bertemu keluarga Adelia di kampung dan menceritakan kejadian sebenar yg menimpa Adelia. Zahil juga menyatakan hasrat untuk mengahwini Adelia kerana dia benar-benar menyintai lelaki tersebut.

akhirnya mereka berkahwin kerana Adelia dipaksa oleh ibu bapanya untuk menerima Zahil. namun Adelia masih bersikap dingan dengan Zahil manakala Zahil pula terus mencuba memikat hati isterinya.

3 comments:

  1. ni yang Fattah Amin suka dgn pembantu kakak dia kan...best jugak

    ReplyDelete
  2. ohhh cerita ni dah lama eh. ray baru perasan ada kt tv hahahha

    ReplyDelete