Review Drama China: Intense Love (2020)

Review Drama China: Intense Love (2020)

Title : Intense Love
Episodes : 24
Duration : 45 minutes
Cast : Zhang Yu Xi, Rylan Ding, Julio Wan Yan, Wu Yang, Lin Xin Yi,
Shi Ming Ze, Zhang Yao, Huang Shi Chao

Intense Love mengandingkan pelakon Rylan Ding dan Zhang Yu Xi yg sebelum ini pernah popular dengan drama I Can Hug You. drama ini mengisahkan Su Jin Bei pelakon cantik yg popular bertunang sejak kecil dengan seorang doktor bernama Zhou Shi Yun kerana ibu mereka berkawan baik. 

Jin Bei dan Shi Yun terlalu sibuk dengan urusan kerja sampai langsung tak ambil peduli mengenai pertunangan mereka dan tak ada effort untuk mengenali pasangan sendiri.

Review Drama China: Intense Love (2020)

Suatu hari, Jin Bei yg baru pulang daripada shooting drama terlibat dalam kemalangan dan dirawat oleh Zhou Shi Yun. Shi Yun tahu yg Jin Bei ialah tunangannya tapi cuba merahsiakan identitinya.

Jin Bei ni lagilah, nama tunang sendiri pun dia tak tahu sampai dia bersembang dengan emaknya di telefon baru dia tahu. time ni Jin Bei cari jalan nak balas dendam sebab geram dengan Shi Yun kerana tak hadir ke upacara pertunangan mereka padahal dia sendiri pun tak pergi.

Review Drama China: Intense Love (2020)

Walaupun Jin Bei dah sembuh tapi dia cuba cari alasan tinggal lebih lama di hospital sebab nak kacau Shi Yun. tapi last sekali kena halau dengan Shi Yun sebabnya ada hater yg serang Jin Bei kat hospital dan ganggu ketenteraman pesakit yg lain

bila kena halau tu memang sedih, marah dan kecewa giler sebab Jin Bei ingatk Shi Yun ni tak ada perasaan dan tak amik peduli pada dia sebagai seorang tunang.

Review Drama China: Intense Love (2020)

Shi Yun nampak je beku tapi sebenarnya selalu mengikuti perkembangan terkini tentang Jin Bei. lepas kes di hospital Shi Yun selalu ambil berat dan jaga Jin Bei sampai Jin Bei daripada benci terus terjatuh hati dengan encik tunang yg caring dan penyayang.

hubungan mereka makin hari makin rapat tapi Jin Bei terpaksa rahsiakan hubungan mereka untuk jaga imej dia sebagai pelakon popular.

Review Drama China: Intense Love (2020)

dalam drama tak sah kalau tak ada watak antagonis, Gao Zi Tong pelakon baru yg cemburu dengan populariti Su Jin Bei. Zitong dah lama simpan perasaan pada kawannya Shi Ming Ze yg juga seorang penyanyi baru popular tapi tak puas hati bila Shi Ming Ze digosipkan dengan Su Jin Bei.

Zitong cuba cari jalan untuk jatuhkan karier Jin Bei tapi yg geram tu Jin Bei ni baik sangat dan tak tahu yg Zitong ni jenis talam dua muka.


pasangan lain dalam drama Intense Love ialah Wu Di (manager Jin Bei) dan Yuan Song (kawan baik Shi Yun). selalu dalam chinese drama mesti kawan baik hero bercinta dengan kawan baik heroin dan mesti kisah cinta mereka lagi complicated daripada pasangan utama.

Review Drama China: Intense Love (2020)

satu lagi pasangan ialah Shi Ming Ze dan juga Sun Ying yg juga adik kepada Shiyun.Shi Ming Ze ni memang ada hati pada Jin Bei tapi kecewa bila tahu Jin Bei dah ada someone special.

Sun Ying pula agak annoying juga episode awal sebab dia tak suka dengan Jin Bei dan selalu kacau bila Jin Bei nak berduaan dengan Shi Yun. bila Jin Bei rekomenkan dia jadi assistant Shi Ming Ze baru dia baik dan rapat dengan Jin Bei sebab dia peminat fanatik Shi Ming Ze.

Review Drama China: Intense Love (2020)

kalau tolak kisah watak sampingan, drama ni sebenarnya sangat sweet bila tengok progress hubungan Jin Bei dan Shi Yun. daripada tak ambil kisah pasal bab tunang sampailah masing-masing tak boleh nak berpisah. konflik hubungan diorang ni cuma kat hujung-hujung itupun tak meleret, bila ada masalah mereka cepat-cepat selesaikan. masing-masing pun sangat support dengan kerjaya pasangan mereka.

mostly hero drama china sekarang harap muka je hensem tapi berlakon bosan, bila bawa watak beku terus jadi kayu. tapi tapi lakonan Rylan Ding ni memang best so macam tak hairan sangat bila tahun ni nama dia makin naik dan popular. bila diganding pula dengan Zhang Yu Xi nampak serasi sangat.

10 comments:

  1. love story at the moment.. i can not handle :(

    ReplyDelete
  2. dah lama tak layan drma china..layan kdrama je sekrg..hehe

    ReplyDelete
  3. sekali tengok terus ketagih nak tgok sampai habis....

    ReplyDelete
  4. ikut perasaan terus saya membaca bah. haha

    ReplyDelete
  5. Sama.cantik.sama padan hero heroine dia

    ReplyDelete
  6. Hahahaha modal drama romantic comedy memang sama dengan movie hindustan lah. Nak muka handsome, badan sado tapi tak pandai berlakon

    ReplyDelete
    Replies
    1. drama china hero tak sado tapi depa cari stok yg muka jambu..haha

      Delete