Review Telefilem: Please Subscribe Cintaku (Astro Citra)

Review Telefilem: Please Subscribe Cintaku (Astro Citra)

Telefilem : Please Subscribe Cintaku
Produksi : Jazzy Pictures
Pengarah : Mark Lee
Tayangan : 21 November 2020
Siaran : Astro Citra
Pelakon : Jasmine Suraya, Sufian Suhaimi, Erry Putra, 
Alvin Wong, Fazreen Fazera, Fiza Thomas, Sherry AlJeffri

Please Subscribe Cintaku

Please Subscribe Cintaku mengisahkan seorang instafamous bernama Hannah (Jasmine Suraya) yg cuba membuat content yg lebih extreme selepas dikutuk cuma tahu guna muka cantik untuk meraih populariti.

Hannah dan kawan baiknya Alia membuat live streaming di sebuah rumah terbiar dipercayai pernah ada kes bunuh diri disitu. tapi apa yg Hannah dapat rakam bukannya hantu sebaliknya satu kes bunuh dan Hannah secara tak sengaja terakam muka pembunuh, Tony (Alvin Wong) di ig story miliknya.

Please Subscribe Cintaku

kes ni jadi viral dan ramai nak tahu kesahihan cerita tersebut. Inspektor Fazli (Erry Putra) yg menyiasat kes tersebut bertindak melindungi keselamatan Hannah dengan menyuruh sepupunya Fendi membawa Hannah pulang ke kampung mereka.

Hannah selamat sampai ke kampung Fendi dan disambut baik oleh Tok Wan. keselamatan Hannah juga turut dikawal rapi oleh anggota polis yg bertugas.

walaupun begitu, nyawa Hannah terancam apabila Tony dan anak buah berjaya menjejaki Hannah selepas Hannah secara tak sengaja telah mendedahkan lokasinya.

Please Subscribe Cintaku

jalan ceritanya telemovie ni agak menarik juga tapi ada watak yg menganggu mood aku. macam Fendi yg tak habis nak bitter dan salahkan Hannah setiap masa. seriuslah kalau tak ikhlas nak tolong kenapa tak tolak saja dari awal. 

memang si Hannah yg sengaja cari penyakit tapi dia tak minta pun semua tu terjadi. watak Tok Wan yg kekal positif dalam cerita ni walaupun cucu-cucunya dalam bahaya tapi tak pernah  nak salahkan Hannah sebab Tok Wan tahu semua tu ketentuan takdir.

watak penjahat dalam cerita ni boleh tahan bodoh juga kalau genrenya komedi maybe boleh diterima. tapi aku tak rasa genre dia komedi so bila watak penjahat cuba nak jadi kelakar, dah tak rasa benda tu lawak tapi nampak bodoh.

9 comments:

  1. Kena sufian nampak sangat cengkung..

    ReplyDelete
  2. Ada sufian suhaimi peh mesti peminatnya akan menanti lakonan beliau. hehe

    ReplyDelete
  3. haha ini namanyaa..they try hard to make it funny kan..tapi kenapa cita country lain. penjahat dia lawak tetap lawak eh ? hmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha kan..kalau pejahat drama luar mesti kelakar walaupun lawak dia memang bodoh..

      Delete
  4. Replies
    1. saya pun takde channel ni, cari kat telegram :)

      Delete
  5. Ok nanti ku subscribe cintamu ahahaha

    ReplyDelete
  6. Suka tengok Jasmine Suraya berlakon. Sufian suhaimi pun tak kekok berlakon dah. Sangat kena cerita ni dengan kisah gosip mereka dan dalam musim pandemik ni.

    ReplyDelete