Review Novel | Dia Imamku by Siti Rosmizah


Novel : Dia Imamku
Penulis : Siti Rosmizah
Helaian : 864
Penerbit : Siti Rosmizah Publication
Terbitan : 2020

Dia Imamku mengisahkan Cempaka Humairah yg diperangkap oleh sepupunya, Dahlia sehingga Rafiq mahu memutuskan pertunangan mereka. untuk membuktikan kesuciannya, Maira terpaksa berkahwin dengan Amiruddin yg merupakan driver peribadinya walaupun Maira sangat benci dengan lelaki tersebut.

kalau pernah tengok drama atau baca novel Siti Rosmizah sebelum ini, novel ni bagi aku recycle balik jalan cerita sebab plot dan watak ni terasa sangat familiar. watak Humaira ni mengingatkan aku heroin dalam drama Rindu Awak Separuh Nyawa, jalan cerita pun lebih kurang sama cuma beza dalam Dia Imamku lagi banyak watak antagonis.

watak Humairah ni sendiri dah annoying giler, jenis berlagak pastu bangga sangat dengan harta dunia sampai layan orang miskin macam sampah. Amiruddin a. pula orang kampung yg sedar diri tapi kesian bila Humairah tak habis nak hina dia, sabar je Amiruddin mengadap isteri macam tu bak kata Nenek Bunga kalau lelaki lain dah lama kena makan penampar Humairah ni.

penulis memang pandai create watak antagonis macam Dahlia tergedik-gedik mengejar orang kaya sampai sanggup jumpa bomoh. Puan Sri Zabedah merupakan mak Rafiq sejenis yg berlagak juga dan sibuk jaga reputasi sendiri dan ada beberapa lagi watak yg bikin hangatkan jalan cerita dia.

watak favourite aku sebenarnya Nenek Bunga tak teragak nak marah cucu sendiri kalau mereka buat salah. mostly dialog Nenek Bunga ni juga kelakar.

baca novel Dia Imamku ni dari bulan puasa, ambil masa juga nak habiskan sebab banyak watak yg menyakitkan, pacing yg agak slow dan jalan cerita bagi aku tak ada yg baru sangat sebab macam recycle plot dari karya sebelum ini.

**MY RATING: ⭐⭐⭐ 3/5**

Review Novel: Sabarlah Duhai Hati by Mimie Afinie

Sabarlah Duhai Hati by Mimie Afinie

Novel : Sabarlah Duhai Hati
Penulis : Mimie Afinie
Helaian : 630
Penerbit : Idea Kreatif Publication
Terbitan : Ogos 2015

Dugaan berat yang menimpa, merubah seluruh hidup Nur Syafira. Saat bergelut dengan ujian, dia tiba-tiba dilamar untuk Muhammad Affan. Sungguh, dia tak percaya.

Tegur pun tak pernah, tiba-tiba nak jadikan dia isteri. Lagipun, dia masih tak lupa cerita lama. Cerita memalukan yang hanya mereka berdua saja yang tahu. Hatinya kuat mengatakan Affan terpaksa. Affan hanya menurut kehendak orang tua tanpa rela.

Namun, kalau dah tertulis jodoh mereka, elak macam mana sekalipun, tetap bersatu juga. Walau dihati ada curiga, Fira tetap mengharap bahagia.

Bahagia yang disangka sampai ke petang, rupanya masih ada halangan dan rintangan. Mampukah Fira terus memujuk hatinya supaya bersabar dan bertahan? Atau sudah sampai masanya untuk dia mengalah dan lepaskan segalanya?

Sabarlah Duhai Hati mengisahkan Fira yg kehilangan ibu, ayah dan neneknya dalam kemalangan jalan raya dan terpaksa menjaga Danish, adiknya yg baru berusia 4 tahun. ketika hidup sendiri masih terumbang-ambing, mak kawan baiknya datang melamar untuk abang Affan.

dalam drama dari awal dah beritahu yg Fira kena reject dengan Affan waktu sekolah dulu so takde tertanya sangat kenapa hubungan Fira dan Affan tak baik sedangkan Fira berkawan rapat dengan Dian.

Affan ni pemalu amat langsung tak cuba approach Fira dan jernihkan kembali hubungan mereka. macam tak hairan kalau lepas tunang, Fira ragu-ragu dan nak putuskan pertunangan tersebut sebab fikir Affan terima dia pun sebab umi dan Dian. benda jadi senang bila Affan mula berkomunikasi dengan Fira, itu yg sepatutnya dia buat dari awal lagi.

mostly watak-watak yg ada dalam novel ni memang best kecuali nenek Affan dan Nadia. dalam novel Nadia macam terlalu mendesak dan Affan pula sangat tegas dan langsung tak nak bagi harapan pada Nadia. masalah bila nenek mereka tak faham bahasa dan mahu jodohkan Affan dengan Nadia.

overall, konflik dalam Sabarlah Duhai Hatitak berat sangat dan dugaan yg datang pun daripada orang luar tapi tak menjejaskan hubungan Fira dan Affan. overall, kisah yg menarik dan sesuai untuk bacaan santai.

**MY RATING: ⭐⭐⭐⭐ 4/5**

Review Novel | Dia Ketuk Pintu Hatiku by Azimah Lily


Novel : Dia Ketuk Pintu Hatiku
Penulis : Azimah Lily
Helaian : 512
Penerbit : Karyaseni
Terbitan : Disember 2018

Nur Hasliya meneruskan hidup dalam trauma yang dihadapinya setelah terselamat daripada kemalangan ngeri. Pintu hatinya untuk lelaki tertutup setelah kejadian ngeri tersebut. Namun, kehadiran Adli, merangkap sahabat abang kembarnya mengetuk hatinya untuk jatuh cinta lagi. Shahrul Adli melarikan diri ke Perlis setelah cintanya dikhianati kekasih hati, Rita dan abangnya sendiri. Namun, ketika hatinya kian terubat, Rita hadir menagih kembali cintanya. Adli buntu. Tiada siapa yang boleh membantunya melarikan diri daripada pujuk rayu Rita melainkan Liya.

Kerana budi, Liya sanggup menerima cadangan Adli untuk mengahwininya walaupun dia tahu hati Adli hanya untuk Rita. Sehinggalah pada hari janji terpateri, Adli melarikan diri bersama Rita. Liya kelu seribu bahasa. Bagaimana mampu dia mengharungi hidup dengan tohmahan orang kampung sekali lagi? Setelah mengetahui cerita sebenar, Adli menjejaki Liya sehingga ke rantau orang.

Dia Ketuk Pintu Hatiku mengisahkan Liya yg pernah terlibat dalam kemalangan dan akhirnya terjumpa dengan penyelamatnya iaitu Adli. siapa sangka orang yg dicari Liya selama ini adalah sahabat baik Hazri, abang kembarnya.

ini pertama kali aku baca buku dari penulis Azimah Lily dan ada banyak isu yg aku tak suka dengan novel ni. masalah utama novel ni ialah banyak sangat watak tambahan dan watak hero pula tak kuat. seriusly cakap menyampah giler dengan Adli, watak hero ni langsung tak consistent.

Adli sendiri yg buat keputusan nak kahwin dengan Liya untuk mengelak dari Rita alih-alih dia yg tinggalkan Liya untuk kahwin lari dengan Rita kat Siam. bila dah menyesal baru nak kejar balik Liya. ini lelaki jenis tak reti fikir panjang at least fikirlah sikit Liya tu adik kawan baik sendiri dan bagaimana layanan keluarga Liya selama ini, sakit hati betul baca buku ni.

watak lain yg ada bagi aku bukan membantu tapi menyemakkan keadaan sepatutnya penulis highlight watak utama supaya bagi lebih banyak impak pada jalan cerita. watak Zalikha tu nampak macam tak ada kerja memanjang menyibuk pasal Rita-Adli-Liya. watak Lokman pula bukan bagi impak pada jalan cerita tapi pada progress hubungan Zalikha-Hazri. bukan setakat hero, mostly watak yg ada pun langsung tak consistent.

aku sebenarnya banyak skip terutama sekali part Rita yg tak habis meroyan. rasanya aku tak boleh nak fokus pada jalan cerita sebab banyak sangat watak yg annoying dan gaya penulisan pun tak begitu menarik perhatian aku.

**MY RATING: ⭐⭐ 2/5**

Review Novel | Noktah by Rehan Makhtar


Novel : Noktah
Penulis : Rehan Makhtar
Helaian : 713
Penerbit : Blogijau Enterprise
Terbitan : Mei 2021

Nokhtar mengisahkan Naihara yg menjadi yatim piatu sebelum waktu dan terpaksa menjaga abang kembarnya, Naqim yg mempunyai masalah kelainan upaya. Naihara dibenci ibu kandungnya sendiri disebabkan statusnya anak yg tak sah taraf. sewaktu umur 10 tahun Afidah, ibu Naihara berkahwin lain dan tidak mengaku Naihara dan Naqim sebagai anak kandung.

sebenarnya penat juga dengan perangai Naihara yg selalu menunduk dan tidak mempunyai keyakinan diri tapi bila tahu macam mana kehidupan Naihara waktu kecil tu sangat menyedihkan. Naihara didera mental dan fizikal. Afidah menyalahkan Naihara setiap apa yg berlaku dan dari kecil asyik kena brainwash yg Naihara tak layak hidup atas dunia ni. 

dunia Naihara berubah sedikit bila bertemu dengan Haq yg nampak kebolehannya lalu diambil bekerja dengan lelaki tersebut. Haq adalah lelaki dominan yg mempunyai segalanya dan terdapat juga khabar angin yg mengatakan dia kejam. yes memang kejam dan gila pun!

Haq ada misi iaitu menyiasat misteri kematian kakaknya, kerana hal tersebut juga hubungan Haq dengan abang iparnya tak baik dan dia benci dengan Afidah yg menjadi pengganti kakaknya. bila tahu hubungan sebenar Naihara dan Afidah, Haq dah salah faham dan bertindak kejam pada Naihara. memang geram dengan perangai Haq sebab terlalu terburu-buru buat andaian sendiri, yg menjadi mangsa dah tentulah Naihara.

tema dendam ni favourite Rehan Makhtar. dendam yg memakan diri sehingga sanggup melukakan orang yg tersayang. overall, perjalanan kisah Haq dan Naihari sangat menarik dan watak-watak lain pun sangat membantu untuk menambah rencah dalam Noktah.

**MY RATING: ⭐⭐⭐⭐ 4/5**

Review Novel | Nikina by Nadia Khan


Novel : Nikina
Penulis : Nadia Khan
Helaian : 248
Penerbit : Buku Fixi
Terbitan : Mac 2019


“Apa main gabung-gabung nama macam ni? Kamu tahu tak, ini dikira zina nama! Haram buat macam ni!”

Ustazah Suhaila menempik di dalam kelas ketika ternampak Kina sedang khayal menulis namanya dan nama Nik berulang-ulang dalam pelbagai corak di atas kertas contengan – NIKINA, NIKINA, NIKINA...

Kata orang cinta monyet takkan berkekalan. Tapi bagaimana kalau cinta monyet kita berjaya berevolusi menjadi cinta manusia?


buku ni dah habis baca bulan lepas tapi malas betul nak tulis review time tu, ni pun tengah ingat balik jalan cerita dia.

Nikina mengisahkan kisah cinta Nik dan Kina, permulaan novel ni mereka bertemu selepas bertahun berpisah buat kita jadi penasaran juga tentang kisah cinta mereka dan bagaimana mereka boleh berpisah.

penulis guna konsep POV antara tiga watak iaitu Nik, Kina dan Dini, rakan kongsi Kina yg dah lama suka pada Kina tapi memanjang kena friendzone. kalau part Nik dan Kina terlalu banyak persoalan sampai pace pembacaan aku jadi laju sebab tak sabar nak tahu apa rahsia mereka sebenarnya.

masuk POV Dini macam kelakar bila Dini tak boleh terima hakikat yg Nik dan Kina masih punya perasaan antara satu sama lain. makin lama makin menyampah pula dengan Dini sebab dia punya curious tu dah jadi busybody pula padahal boleh saja try tanya kepada Kina apa sebenarnya berlaku dalam hubungan mereka.

plot twist cerita bila tahu identiti sebenar Sara, menarik juga sebab first time dengar sindrom yg rare tu cumanya masuk second half macam kurang something which is aku dah terlupa nak review apa part ni..so overall nice story..haha
 
**MY RATING: ⭐⭐⭐⭐ 4/5**

Review Novel | Jodoh Hak Milik Allah by Siti Khadijah

Jodoh Hak Milik Allah by Siti Khadijah

Novel : Jodoh Hak Milik Allah
Penulis : Siti Khadijah
Helaian : 456
Penerbit : Penulisan 2U
Terbitan : May 2018

"Daripada kebetulan itulah akan mengalir satu ikatan yang kuat dan ia akan menghasilkan jodoh."

Itulah prinsip dan kepercayaan yang dipegang oleh Marissa. Bagi Marissa, kebetulan dan jodoh datang seiringan. Dengan prinsip dan kepercayaan itulah dia mencipta 'permainan jodoh' untuk menguji sejauh mana kekuatan jodoh antara dia dan lelaki yang cuba mendekatinya. Beberapa orang lelaki yang cuba menyahut cabaran Marissa, tetapi semuanya gagal. 

Namun, pertemuan demi pertemuan secara tidak sengaja dengan lelaki di Dubai berada di luar jangkaan Marissa. Sikap lelaki itu yang menjengkelkan, memaksa Marissa untuk menjauhkan diri. Makin dia cuba menjauh, makan acap kali dia terserempak dengan lelaki itu.


tak ingat bila beli buku ni, lama juga terperam elok dalam plastik. Jodoh Hak milik Allah mengisahkan Marissa yg ada prinsip dan kepercayaan kalau ada lelaki yg berjaya dalam permainan jodoh ciptaannya makanya lelaki tersebut teman sejati dia.

Marissa tinggal di Dubai kerana ayahnya bekerja di sana dan bertemu dengan Hans yg kebetulan datang bercuti. Hans jatuh hati pada Marissa dan bila dia luahkan perasaan, kena reject sebab gagal dalam game jodoh Marissa.

tak lama selepas itu, Marissa buat keputusan untuk kembali ke Malaysia dan ketika itu dia berkenalan dengan Afiq. dalam masa yg sama Marissa bertemu kembali dengan Hans, makin mengelak makin kerap pula mereka berjumpa. Marissa dalam dilema bila percaya yg Afiq jodohnya sebab Afiq berjaya dalam game jodohnya tapi hatinya dah suka pada Hans.

Marissa dengan game bodoh dia tu, annoying. tak tahu ajaran sesat mana ntah yg dia percaya tu. Hans pula jenis tak mudah mengalah dan tekad nak mengajar Marissa untuk ubah prinsip Marissa pasal jodoh. menarik juga bila tahu kat hujung tu apa yg Hans rancang selepas gagal dalam ujian jodoh Marissa.

kesimpulannya jodoh itu hak milik Allah, bukan urusan manusia. selagi kita berusaha dan yakin pasti tuhan akan permudahkan segala yg kita rancang.

**MY RATING: ⭐⭐⭐ 3/5**

Drama | Ahli Bapak Bapak Club (2021)


Drama : Ahli Bapak Bapak Club
Produksi : Global Station Sdn Bhd
Pengarah : Tam Suhaimi
Siaran : Astro Ria
Mula Tayangan : 19 Mei 2021
Episod : 
Masa : Rabu | 9.30 Malam
Pelakon : Aiman Hakim Ridza, Steven Yap, Luqman Hafidz, Shiqin Kamal, Uyaina Arshad, Maria Farida, Ziela Jalil, Fizz Fairuz, Amir Masdi, Danish Iskandar, Edika Yusof

Ahli Bapak Bapak Club mengisahkan tiga sahabat baik iaitu Joe, Bob dan Nick dalam mengharungi kehidupan mereka yg penuh cabaran sebagai seorang lelaki, suami dan bapa.


Joe (Aiman Hakim) seorang pelakon popular tapi gara-gara mengutuk drama korea terus jadi artis sendu selepas bergaduh dengan kelab peminat tegar k-drama rawang. pengarah pun tak minat nak ambil Joe sebab berlakon pun kayu jadi terpaksa Joe ambil kerja sebagai pengalih suara untuk siri animasi.

Joe sudah bercerai dengan Hana (Shiqin Kamal) dan anak mereka juga dijaga bekas isterinya. selepas bercerai, Hana bertambah cantik dan kini menjadi influencer terkenal.


Bob (Luqman Hafidz) pula dibuang kerja dan merahsiakan perkara tersebut daripada pengetahuan isteri dan ibu mertuanya. Bob berpura-pura pergi kerja padahal tidur di surau berdekatan rumahnya.

Bob ni pemalas tak payah cakap, kena bebel dengan emak mertua pun dia buat selamba je. segala perbelanjaan rumah diletakkan sepenuhnya ke atas isterinya, Yem (Uyaina Arshad).


Nik (Steve Yap) pakar motivasi dan isterinya Fisha (Maria Farida) pula jutawan kosmetik terkenal. Nik mempunyai dua anak tiri yg masih tidak menerimanya walaupun sudah dua tahun berkahwin dengan Fisha.

masalah Nik sekarang adalah mereka sekeluarga dijemput untuk menyertai program realiti The House, bagaimana Nik nak menyelesaikan masalah tersebut apabila anak tirinya telah meminta duit sebagai upah untuk berlakon sebagai anak yg taat.

Ahli Bapak Bapak Club merupakan karya terbaru arahan Tam Suhaimi boleh ditonton melalui Astro Ria juga aplikasi AstroGo. episod pertama Ahli Bapak Bapak Club boleh juga ditonton di youtube rasmi Astro Gempak.

Mini Air Cooler Fan USB


cuaca kebelakangan ni tak berapa menentu kadang panas kadang hujan kadang tu mendung seharian tapi tak hujan pun. waktu hari panas duduk kat bilik ni berpeluh-peluh macam duduk dalam sauna pula.

nak pasang aircond memang tak mampu, nak beli air cooler pula dah berkurun survey tapi tak pernah beli pun.. hari tu buka shopee saja nak window shopping tengok air cooler lepas tu terjumpa mini air cooler ni, berkenan dengan design dia sebenarnya dan harga pun tak sampai RM50.


air coole ada tiga color tapi yg seller aku beli ni tinggal color pink saja. air cooler ni kecil saja boleh isi air maximum 300 ml. angin dia pun lebih sejuk dari kipas kalau nak lebih sejuk boleh letak air sejuk tapi jangan nak expect sesejuk udara aircond. 

untuk kegunaan seorang diri sangat berbaloi tapi nak guna untuk satu family langsung tak disarankan nanti jenuh berebut. power supply pula guna usb dan air cooler ada 3 speed tapi tak suka sangat guna speed paling laju sebab nanti bunyi kipas agak kuat.


bagi aku, agak berbaloilah dengan harga dan guna untuk diri sendiri sahaja. at least nak tidur malam selesa sikit bila letak air cooler ni kat sebelah katil.

Menang Giveaway thes's Love Giveaway


Alhamdulillah rezeki bulan mei terpilih sebagai pemenang giveaway dari blogger Suraya. bulan mei ni bulan birthday daku terasa macam dapat hadiah birthday pula. actually hadiah ni sampai sebelum raya lagi. Terima Kasih Su, semoga dipermudahkan segala urusan awak 😊

Sinopsis Drama Kampung Kolestrol (TV9)

Sinopsis Drama Kampung Kolestrol (TV9)

Drama : Kampung Kolestrol
Produksi : Zamriez Golden Sdn Bhd
Pengarah : Shuhaimi Lua
Penulis Skrip : MF Kenchana
Siaran : TV9
Mula Tayangan : 20 April 2021
Episod : 20
Masa : Isnin-Rabu | 8.30 Malam
Lagu Tema/OST : Floor88 - Chikadun
Pelakon : Mas Idayu, Ziana Zain, Rusdi Ramli, Aiman Tino, Sufian Suhaimi, Ryry Ryun, Afifah Nasir, Razzuan Rosli, Anne Abdullah, Ieda Moin, Khaty Azian, Dalimawati

Kampung Kolestrol sebuah drama komedi terbaru di slot Diandra TV9 yg diarahkan oleh Shuhaimi Lua, disiarkan mulai 20 April 2021 setiap isnin hingga selasa jam 8.30 menerusi TV9 juga ditonton melalui website atau aplikasi Viu

Kampung Kolestrol mengisahkan tentang kisah penduduk yg tidak kisah dengan amalan diet yg seimbang sehingga kebanyakkan penduduk mempunyai kolestrol yg tinggi kerana perkara tersebut juga kampung mereka digelar Kampung Kolestrol.

Sinopsis Drama Kampung Kolestrol (TV9)

Kak Bib (Mas Idayu) merupakan ketua kampung wanita pertama di kampung tersebut dibantu oleh madunya, Kak Gee (Ziana Zain) untuk menyelesaikan pelbagai masalah yg melanda kampung mereka termasuk merangka program untuk memastikan penduduk kampung bebas daripada masalah penyakit kronik.

Walaupun hidup bermadu, Kak Bib dan Kak Gee tidak mempunyai masalah untuk tinggal serumah dan selalu sepakat dalam banyak perkara walaupun suami mereka Suratman (Rusdi Ramle) juga elalu sibuk dengan kerjanya.

bukan senang Kak Bib dan Kak Gee nak mengubah amalan gaya hidup penduduk selain banyak lagi masalah lain yg mereka berdua kena uruskan makanya anak-anak mereka berdua iaitu Amir (Aiman Tino), Adi (Sufian Suhaimi) dan Laila (Ryry Ryun) juga dikerah untuk membantu.

Sinopsis Drama Single Terlalu Lama (TV3)

Sinopsis Drama Single Terlalu Lama (TV3)

Drama : Single Terlalu Lama
Produksi : Radius One Sdn Bhd
Pengarah : Ungku Ismail Aziz
Penulis Skrip : Ungku Ismail Aziz
Siaran : TV3
Mula Tayangan : 29 April 2021
Episod : 28
Masa : Isnin-Khamis | 6 Petang
Lagu Tema/OST: Anuar Zain - Sendiri
Pelakon : Ungku Ismail Aziz, Julia Farhana Marin, Riz Amin, Noorkhiriah, 
Zila Bakarin, Uchee Fukada, Norman Hakim

Single Terlalu Lama bukan drama adaptasi novel sebaliknya ditulis dan diarahkan sendiri oleh Ungku Ismail Aziz, disiarkan di slot Drama Pukul 6 TV3 menggantikan drama Madam E-Wallet.


Sinopsis Drama Single Terlalu Lama

Mengisahkan Andy (Ungku Ismail Aziz) yg ingin menamatkan zaman bujangnya selepas berjaya dalam kerjayanya dan kini usianya menginjak 40 tahun. Andy hampir berputus asa untuk mencari wanita idamannya selepas keluar temujanji yg selalu diatur oleh ibunya.

Ketika majlis reunion sekolah, Andy bertemu dengan Jasmine (Julia Farhana) yg pernah menjadi gadis popular di zaman sekolah dulu.

Andy mula jatuh hati pada Jasmine dan tidak mengambil masa yg terlalu lama untuk bertunang dengan gadis tersebut. Namun begitu terdapat banyak cabaran dan rintangan menanti mereka dan Andy dapat tahu Jasmine mempunyai satu rahsia.

Drama | Kekasih Hati Mr Bodyguard (2021)


Drama : Kekasih Hati Mr Bodyguard
Produksi : Creative Skill Solution
Pengarah : Nizam Zakaria
Penulis Skrip : Nieza Nahar, Hayati Ahmad
Siaran : Slot Lestary TV3
Mula Tayangan : 15 Mei 2021
Episod : 20
Masa : Rabu-Sabtu | 9.00 Malam
Pelakon : Redza Rosli, Sharifah Rose, Ungku Hariz, Fadlan Hazim, Lana Nordin, Lisdawati, Zuhairi Ibrahim, Zarina Zainuddin, Shasha Abedul

baru plan nak tengok drama Kekasih Hati Mr Online secara online tapi tak jumpa pula rupa-rupanya kebanyakan drama tv3 ni akan ditayangkan di platform streaming terbaru iaitu Disney Hotstar mulai 1 Jun 2021.

setahu aku Disney Hotstar ni kena subscribe tak tahulah kalau drama tv3 boleh  tengok secara percuma ke tidak macam iQiyi dan WeTV. kalau kena subscribe memang hai hai bye bye je lah nak tengok drama melayu lepas ni sebab sis ni sejenis yg tak rajin nak terpacak depan tv.


Kekasih Hati Mr Bodyguard sebuah drama adaptasi novel karya Ateen Khalid mengisahkan  Hana Aralyn (Sharifah Rose) menjejaki Hadif Akashah (Redza Rosli) bekas pengawal peribadi untuk merungkai misi yg diberikan oleh ayahya iaitu Datuk Yusof.

Aralyn bertemu Hadif yg kini merupakan seorang peternak kambung di kampung. Aralyn sanggup mengekori Hadif kemana sahaja termasuk membantu melakukan kerja ladang untuk mengorek rahsia yg disimpan lelaki tersebut.

hal tersebut menyebabkan Hadif berasa rimas dengan kehadiran Aralyn menyebabkan mereka sering bertengkar namun lama kelamaan wujud perasaan cinta dalam hati masing-masing.

Lagu Tema/OST: Khai Bahar & Aina Abdul - Nafas Cinta

Menang Giveaway Ramadan Shfyqhazhr.com


Alhamdulillah rezeki bulan mei 
menang giveaway dari blog Shafyqah Azhar
dapat humidifier yg comel ni. 
Terima Kasih Sha, 
semoga dimurahkan rezeki awak 😊

Sinopsis Drama Sabarlah Duhai Hati (TV3)

Sinopsis Drama Sabarlah Duhai Hati (TV3)

Drama : Sabarlah Duhai Hati
Produksi : Suhan Movies & Trading
Pengarah : Pali Yahya
Penulis Skrip : Rehal Nuharis
Siaran : Slot Akasia TV3
Tayangan : 28 April 2021
Episod : 35
Lagu Tema/OST: Black Hanifah - Hanyut
Pelakon : Amyra Rosli, Saharul Ridzwan, Izzue Islam, Puteri Sarah Liyana, Iman Suhana, Fadilah Mansor, Haleeda, Emelda Rosmila, Aiman Badrul


Sabarlah Duhai Hati sebuah drama adaptasi novel Sabarlah Duhai Hati karya Mimie Afinie mengisahkan Fira (Amyra Rosli) yg membesar sebagai anak tunggal dan sewaktu masuk umur 17 tahun, ibu Fira disahkan mengandung.

Fira tidak gembira menyambut berita tersebut dan selepas 6 tahun, Fira masih lagi tidak dapat menerima kehadiran Danish dan tidak suka apabila perhatian ibu bapanya lebih kepada adiknya.


Fira dan Dian (Puteri Liyana) berkawan rapat sejak zaman sekolah lagi, dalam masa yg sama Fira menyimpan perasaan pada Affan (Saharul Ridzwan) yg juga abang kepada Dian. tapi lepas kena reject dengan Affan waktu sekolah dulu, Fira selalu mengelak dari berjumpa dengan Affan.

selepas 6 tahun, Dian menyambung pengajian di peringkat ijazah dan Fira pula sibuk dengan business online tapi hubungan mereka berdua masih lagi baik. 

Fira juga berkawan baik dengan Nazim (Izzue Islam) tapi belum bersedia untuk pergi lebih serius dalam hubungan mereka dengan memberi macam-macam alasan apabila Nazim mahu membawa Fira berjumpa keluargannya.


Affan merupakan cucu kesayangan Opah (Fadilah Mansur) tapi Opah tak suka dengan ibu Affan iaitu Laila (Haleeda) sebab Laila selalu membantah arahannya dan berkahwin dengan lelaki pilihan sendiri.

bagi Opah, keturunan dia kena jaga sebaik mungkin sebab itu Opah suka anak-anaknya berkahwin dengan keturunan sendiri macam Shima (Emelda) kononnya Shima lah anak yg paling baik dan layan suami macam raja tapi akhirnya tetap bercerai juga.

selepas apa yg terjadi pada Shima, Opah tak serik nak satukan pula Affan dengan Nadia (Iman Suhana) dengan alasan yg sama nak jaga keturunan mereka. Nadia dan Shima sukalah sebab Affan ni dah ada sumber kewangan yg kukuh.


Baca juga : Review Novel Sabarlah Duhai Hati karya Mimie Afinie


dugaan berat yg datang secara tiba-tiba mengubah hidup Fira apabila ibu bapanya meninggal dunia dan perlu menjaga Danish ketika itu juga Fira dilamar oleh Affan. Apakah kesudahannya? tonton episod seterusnya dalam Sabarlah Duhai Hati di slot Akasia TV3.