Novel | Pilihan Encik Singa by Cik Amal Amina


Novel : Pilihan Encik Singa
Penulis : Cik Amal Amina
Helaian : 538
Penerbit : Idea Kreatif
Terbitan : Mac 2020

Pilihan Encik Singa mengisahkan Nuha yg sudah lama menyimpan perasaan pada anak jiran sebelah rumah, iaitu Nadir. dari zaman sekolah Nuha dok usha Nadir tup tup dapat tahu Nadir sudah mempunyai teman wanita. kecewa habis si Nuha.

penat usha adik tetiba si abang yg masuk meminang. Nuha sendiri tak faham kenapa Idrus meminangnya padahal mereka selalu bergaduh, mulut Idrus laser pastu ya ampun garang giler sebab tu Nuha gelar Idrus, bapa singa. selepas berkahwin, Idrus yg garang tetiba bertukar watak jadi terlebih manja, Nuha pula tetuba jadi awkward nak layan suami sendiri.


novel ni santai sahaja, lagipun tak ada konflik sangat dalam rumah tangga Nuha dan Idrus. isu lepas kahwin bila Nuha dikatakan mandul bila rumah tangga mereka dah masuk tahun pertama. yg sebenarnya bukan masalah pada Nuha tapi Idrus. tapi itu pun bukan jadi masalah besar dalam keluarga mereka.

macam novel Aslan dan Akad, novel ni terlalu banyak babak terlebih mesra suami isteri lepas tu banyak pula perkataan double meaning dia. tak sesuai untuk bacaan budak sekolah.

**My rating: ⭐⭐⭐ 3/5**


3 comments:

  1. Mungkin penulis tengah bahagia masa menulis haha

    ReplyDelete
  2. Adoi.. perkataan double meaning dan babak terlebih mesra tu yang buat tak best.. hahaha..

    ReplyDelete