Review Lakorn: Kluen Cheewit (Waves of Life)

Review Lakorn: Kluen Cheewit (Waves of Life)

Title : Kluen Cheewit
Another Title : Life Of Waves
Episodes : 15
Duration : 1 hour 50 minutes
Cast : Yaya Urassaya, Mark Prin, Louis Scott, Toey Jarinporn, Nychaa, Masu

banyak lakorn tahun 2017 yg remake daripada lakorn lama yg pernah popular antaranya drama Kluen Cheewit. sebelum ni aku tak pernah tengok drama Yaya dan Mark walaupun tahu yg mereka berdua ni antara pelakon yg sedang popular di Thailand. Yaya dalam drama ni bukan sahaja cantik malah dia memang pandai berlakon dan gandingan dengan Mark memang best.

Review Lakorn: Kluen Cheewit (Waves of Life)

Kluen Cheewit mengisahkan Gee seorang pelakon popular tapi dicemburui oleh pelakon lain kerana kejayaannya malah mereka juga cuba menyebarkan gosip buruk mengenainya.

Suatu hari, Gee telah diculik dan dimasukkan dadah ke dalam badannya tapi Gee sempat melarikan diri dengan kereta. malangnya Gee telah terlanggar seorang wanita sehingga meyebabkan kematian wanita tersebut. manager Gee cuba cover kes ni untuk menjaga reputasi Gee sebagai seorang pelakon.

Sathit yg merupakan tunang kepada wanita yg dilanggar oleh Gee, mahu membalas dendam kepada Gee kerana telah menyebabkan tunang kesayangannya.

Review Lakorn: Kluen Cheewit (Waves of Life)

Chaiyan dan Piak telah lama mendirikan rumah tangga tapi mereka selalu bergaduh kerana perangai cemburu buta Piak.

Chaiyan seorang pengarah drama dan juga kawan baik Gee sejak belajar di Kolej. bagi Piak, lelaki dan perempuan tidak boleh berkawan baik sebab tu Piak selalu menuduh Chaiyan mempunyai hubungan dengan Gee.

Review Lakorn: Kluen Cheewit (Waves of Life)

pasangan ketiga dalam lakorn ni adalah Dao dan Jett. Dao ni pun kawan baik Gee yg sangat baik dan banyak menolong Gee. Dao suka pada Jett sejak pertama kali mereka berjumpa.

masalahnya Jett ni minat kat Gee pula. tapi Jett dan Dao ni memang baik sebab mereka yg banyak tolong dan jaga Gee daripada pelbagai masalah.

Review Lakorn: Kluen Cheewit (Waves of Life)

Kluen Cheewit ni sangat popular sebab ramai yg rekomen dan review positif mengenai lakorn ni. tapi lakorn yg bertemakan revenge ni bukan favourite aku lagipun bila menonton lakorn ni rasa rimas juga dengan hero yg sibuk nak membalas dendam dan tak habis salah faham dengan heroin.

tapi kat hujung-hujung baru start sweet la bila Sathit dah mula jatuh cinta pada Gee dan mula rasa bersalah bila tahu perkara sebenar. yg buat aku enjoy drama ni bila tengok lakonan Yaya yg superb plus chemistry dia dengan Mark sangat bagus.

9 comments:

  1. lama dah aku tak layan cerita thailand nih.

    ReplyDelete
  2. Hi, nak tanya selalu layan cerita thailand ni online ke? kat mana?

    ReplyDelete
  3. to be kidnap then masukkan dadah dlm badan...
    mcm cita lucy...
    meremang baca ur review.. scary :(

    ReplyDelete
  4. drama thailand ye Tiara.. Jalan cerita macam menarik..

    ReplyDelete
  5. Drama thailand the best. GV tgh cari drama komedi thailand. tapi belum jumpa lg. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. try la tengok sapai import. drama ni best dan kelakar..hehe

      Delete