Novel | Sayang Arjuna by Ma Lee Chuswan


Novel : Sayang Arjuna
Penulis : Ma Lee Chuswan
Helaian : 428
Penerbit : Penulisan2u
Terbitan : September 2019


SINOPSIS NOVEL SAYANG ARJUNA

Sayang Arjuna mengisahkan Suri Indah, anak orang kaya yg gemar bersosial dan juga playgirl. percintaan Indah dengan Shah Imran pun tidak kekal lama apabila Indah bosan dengan perangai Shah Imran yg gemar merujuk kepada paciknya dalam setiap keputusan.

masalahnya Shah Imran masih terkejarkan Indah walaupun berulang kali Indah beritahu yg hubungan mereka telah putus. Indah cuba meminta bantuan pacik Imran iaitu Uncle Lokman. sangkanya Uncle Lokman ini seorang lelaki tua rupanya seorang pacik hot. Indah jatuh cinta pada Luqman saat pertama kali mereka bertemu malangnya Luqman tidak berminat dengan Indah.


MY REVIEW

di permulaan cerita, aku suka dengan watak Indah walaupun gemar bersosial tapi dia tahu apa yg dia nak. bila jatuh cinta dengan Luqman, Indah terus bagitahu perasaannya pada Luqman dan cuba pelbagai cara dalam misi menambat hati Luqman. tapi bukan senang nak tembus benteng Luqman. bila Indah sudah give up tetiba sahaja Luqman setuju nak berkahwin dengannya. siapa tak terkejut kan.

Suri Indah - bila Luqman dah setuju nak kahwin, Indah pula start mengada. sekejap nak kahwin sekejap tak nak kahwin. selepas berkahwin, bila Luqman nak bermesra tak bagi bila Luqman tak layan merajuk pula. eh eh apa kau nak sebenarnya perempuan! emo teruk akak baca novel ni.

Heqal Putra - masalah dalam perkahwinan mereka ialah ada gangguan daripada Heqal Putra. bagi Heqal, Indah adalah hak milik dia. bila ada lelaki yg dekat dengan Indah memang teruk la kena kerja dengan orang Heqal tak terkecuali juga Luqman.

Luqman ada pengaruh yg besar juga sebab tu dia boleh tepis semua serangan Heqal. masalahnya Indah tak percaya yg Luqman boleh protect dan selalu reject Luqman sebab Indah takut Luqman ditimpa musibah disebabkan dia.

Luqman Hakim - watak Luqman juga seorang yg protective, gentleman dan sabar melayan perangai Indah yg mood swing. cuma Luqman ni agak berahsia tapi tak boleh salahkan Luqman juga sebab ada satu part tu dia nak berterus terang tapi Indah pula tak nak dengar dan buat perangai emo dia.


kenapa aku rate buku ni rendah sangat, ni bukan masalah penulisan penulis tapi aku terlebih emo dan stress dengan perangai Indah. tak suka la bila pasangan main tarik tali. plus dalam masa terdekat aku dah baca a few novel yg mempunyai tema sama so boleh dikatakan dah bosan mengadap jalan cerita macam ni dan timing baca novel ni pun tak kena.

**My rating: ⭐⭐ 2/5**

5 comments:

  1. Ma Lee CHuswan ni, dah baca novel dia dari saya kecik lagi, lama dah dia dalam industri penulisan ni

    ReplyDelete
  2. sigh.. this is reality right... once kita yg move on.. then org tu datang balik... mula la nak belah bagi sbb prasaan kita dah kaku

    ReplyDelete
  3. menarik, lama dah akak tak baca novel tulisan ma lee chuswan ni

    ReplyDelete
  4. ohooo tetiba tertarik nak baca sebab nak tahu apa kata shah imran bila indah suka dekat pakcik dia

    ReplyDelete
  5. Timing membaca juga boleh mempengaruhi review kan Tiara..

    ReplyDelete