Tonton 7 Hari Mencintaiku 2 dan Program Korea Menarik Menerusi Aplikasi iQiyi

drama 7 Hari Mencintaiku dah tak ada di youtube? benda ni jadi kecoh sekejap bila drama yg tengah hot sekarang iaitu 7 Hari Mencintaiku 2 tidak dapat lagi ditonton di youtube rasmi tv3. aku pun sedih juga sekejap sebab selalunya tengok drama tv3 di youtube, malas nak follow di tv setiap hari.

walaubagaimana tak perlu risau kerana pihak tv3 telah bekerjasama dengan iQiyi dan tayangan secara online 7 Hari Mencintaiku 2 telah dipindahkan ke platform penstriman iQiyi bermula 24 Julai 2020. masih lagi boleh ditonton secara percuma setiap episode.


Tonton Drama 7 Hari Mencintaiku 2

7 Hari Mencintaiku 2 adalah drama melayu pertama yg ditayangkan di platform iQiyi. selain drama ini, terdapat drama lain juga yg bakal ditayangkan di iQiyi seperti drama Pengantin Satu Malam dan juga Kampung People. 

semua drama bersiri ini boleh ditonton secara eksklusif dan percuma di iQiyi satu jam selepas tayangan perdana di tv3


Drama Korea Terbaru

pelbagai drama korea terbaik dan terkini juga sedang hangat ditayangkan di iQiyi seperti Backstreet Rookie, Dinner Mate dan Flower of Evil.


Variety Show Terpilih

selain drama, iQiyi turut menyediakan program hiburan terbaik dari China dan juga Korea. antara variety show popular yg ada; Running Man, Real Man dan Roomate. 

tapi yg tak best variety show ni bukan full episode cuma ada episode dan musim terpilih sahaja.


Tonton Secara Percuma atau Langgan Keahlian VIP


semua drama china dan korea  yg disediakan di platform iQiyi boleh ditonton secara percuma tapi dah tentu benda percuma tu terhad. 

untuk drama yg sedang ditayangkan, cuma pemegang akaun VIP iQiyi yg boleh dapatkan akses premium percuma dan episode penuh. manakala bukan ahli vip kena tunggu setiap minggu untuk tonton episod terbaru.


Netflix vs iQiyi

iQiyi best sebab boleh tonton secara percuma tanpa perlu daftar akaun dan kalau jenis yg fanatik chinese drama memang ini antara lubuk best. tapi aku lebih prefer Netflix sebab content dia lagi menarik dan banyak drama best di situ.

9 comments:

  1. STream dia pun laju, gambar tak pecah, best la saya suka haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah betul. time stream tu memang laju takde sangkut2 and gambar dia cantik :)

      Delete
  2. Macam2 platform online ada sekarang.

    ReplyDelete
  3. byk cita mandarin/japanese and thai tak ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyak drama chinese & korean je. yg lain takde :(

      Delete
  4. menarik jugak sebab percuma heheheh tapi sekarang akak tengah layan netflix drama song ji hyo tu hehhe...

    ReplyDelete
  5. Selalu tengok dekat channel youtube diorang je.. Kalau platform ini belum pernah cuba lagi..
    Menarik bila drama Melayu turut ditayangkan diplatform ini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat sini banyak chinese drama yg latest. bolehlah try tengok :)

      Delete
  6. GV pun setuju kak. Netflix lagi best daripada IQIYI. huhu

    ReplyDelete