Movie | London Love Story (2016)


Title : London Love Story
Country : Indonesia
Production : Screenplay Films
Director : Asep Kusdinar
Release Date : 4 February 2016
Duration : 89 minutes
Cast : Michelle Ziudith, Dimas Anggara, Adilla Fitri, Dion Wiyoko, Ramzi


London Love Story mengisahkan Caramel yg belajar di Kota London menerima surat-surat yg dipos oleh ibunya. ibu Caramel memintaya membaca isi surat tersebut kerana tidak mahu bekas kekasihnya terus menghantar surat tersebut ke rumah mereka.

Cara memilih untuk membuang surat-surat tersebut kerana mahu melupakan cinta lalunya. mulut je cakap benci tapi hati tak boleh move on lagi. hailaa perempuan!


Dave juga menetap di Kota London dan suatu hari bertemu Adelle yg mahu membunuh diri di atas jambatan. Dave menolong Adelle dan membawanya pulang ke rumah tapi perempuan ni macam parasit orang dah tolong bukan nak bersyukur. Adelle buat rumah Dave macam rumah sendiri dan terus tinggal di situ walaupun Dave dah banyak kali suruh dia keluar dari situ.


Adelle baru teringat yg dia ada kawan di London iaitu Bima yg juga kawan kepada Caramel so dari situ Adelle boleh rapat dengan Caramel dalam masa yg singkat. ingatkan lepas jumpa Bima, Adelle nak cari rumah lain tapi dia terus juga tinggal di rumah Dave. 


tak sampai setengah jam seriusly dah rasa bosan giler dengan movie ni, dah la watak semua sendu sangat dan makin lama makin annoying pula. lepas tu asyik tertanya juga bila hero dengan heroin nak bertemu dan apa kaitan Adelle dengan Caramel dan Dave. 

sampailah muncul watak Sam yg secara tak sengaja bertembung dengan Caramel. terbongkarlah persoalan yg sebenarya Caramel dan Dave pernah bertemu di Bali setahun yg lalu dan bercinta dalam masa tiga hari, masuk hari keempat si Caramel menghilangkan diri, tinggal Dave yg bingung mencari jawapan.


***SPOILER ALERT****



disebabkan watak utama sendu melayan perasaan sangat, Adelle dan Bima yg dah tahu kisah cinta Caramel-Dave buat rancangan nak ketemukan mereka berdua. ingatkan happy ending tapi Caramel mengamuk cakap Dave sudah kecewakan dia dan benci giler dengan Dave.

Dave pula gembira bila bertemu Caramel tapi dia langsung tak faham kenapa Caramel marahkan dia. Dave cuba berbincang dengan cara baik tapi Caramel pilih untuk melarikan diri dan Dave kemalangan ketika mengejar Cara.


aku suka filem Magic Hour kerana jalan ceritanya lagi best dan watak utamanya lagi menarik sebab tu aku boleh sambung tengok drama dia pula. untuk London Love Story pula tak ada benda yg buat aku impress melainkan sakit hati dengan watak Caramel yg terlebih emo dan suka buat andaian sendiri. kalau dia pilih untuk tunggu sekejap dan dengar penjelasan Dave dahulu, mungkin tak payah nak layan sendu seorang diri.

walaupun London Love Story ada sampai dua sequel tapi cukuplah, tengok trailer pun aku dah malas nak layan sambungannya sebab pengarah dia asyik recycle jalan cerita yg sama dalam movie dia. dalam ILY From 38000 Ft, heronya terlibat dalam nahas pesawat. Magic Hour pula hero ada kanser, heroin pula buta. dalam London Love Story pula hero kemalangan, dalam sequel ketiga heroin dia pula kemalangan sampai lumpuh kalau tak salah la sebab tengok trailer je.

ya ampunnnn tolonglah buat cerita yg fresh sikit, penatlah asyik nak mengadap kisah tragis yg lebih kurang sama je, dari pengarah yg sama pula tu. bagi aku, membazir sangat kalau shoot filem di tempat yg cantik, lagu ost best dengan suara Afgan yg sedap tapi jalan cerita ke laut.

7 comments:

  1. dahsyat teruk movie ni..hahahha

    thanks reviu, tak payah la tengok..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak dahsyat kak tapi saya dah penat tengok filem dari pengarah yg sama dan recycle jalan cerita lebih kurang sama. nak review pun xde mood tapi bagi juga review terlebih jujur..haha

      Delete
  2. kalau tengok filem indonesia, kadang akak rasa betapa moden nya hidup anak muda mereka... kadang akak lebih suka filem indonesia yang santai tapi ada pasal kekeluargaan. Cuma kadang filem indonesia ni tak sesuai kalau budak tengok, bebas sangat

    ReplyDelete
  3. oiye ke? hmmmm klimaks nyer lambat @ tak sampai ekk kpd penonton?
    tq for review yg jujur.

    ReplyDelete
  4. sendu betul dok ulang jalan cerita ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah..ingatkan cite romantic comedy tapi sekali lagi mengadap kisah tragis dan sendu.

      Delete