Drama Thailand | Payakorn Sorn Ruk (2020)


Title : Payakorn Sorn Ruk (พยากรณ์ซ่อนรัก)
Another Title : Prophecy of Love
Episodes : 13
Duration : 1 hour 50 minutes
Cast : James Jirayu, Ice Preechaya, Mai Warit, Pear Pichapa, Benz Kamoncha,
Cine Phatrakorn, Pop Thatchathn, Rungrada


Payakorn Sorn Ruk mengisahkan Rosita/Rose yg mempunyai kelebihan untuk menilik masa depan seseorang melalui bunga ros. Rose mendapat undangan sebuah rancang tv untuk menilik nasib pelakon terkenal bernama Theerut.

melalui tilikan tersebut Ros memberitahu yg Theerut dikelilingi ramai perempuan dan akan terlibat dengan wanita mengandung. sejak prophecy yg dibuat Rose, pelbagai gosip buruk menimpa Theerut yg menyebabkan Theerut benci dan anti giler dengan Rose.

Rose pula berhenti daripada menilik nasib sebab dia sedar bukan semua orang boleh terima dan percaya dengan apa yg dia beritahu macam kes Theerut. selepas lima tahun, Rose selesa menguruskan kedai bunganya dan menumpukan pada tempahan mengubah bunga.


Suatu hari, Rose dapat jemputan ke sebuah event daripada client dia bernama khun Pat. Rose tak tahu pun yg dia kena buat prophecy tapi bila fikir khun Pat banyak tolongnya sebelum ini, Rose ikut sahaja permintaan khun Pat.

dalam majlis tersebut, Rose menilik nasib enam orang yg terdiri daripada orang kenamaan dan juga orang terkenal dalam industri hiburan termasuk Theeruk, musuh ketat Rose.

Rose terkejut apabila dalam prophecy tersebut, dia nampak masa depannya dengan Theerut sebagai kekasih. Rose memilih untuk merahsia perkara tersebut dan bagi alasan kepada pihak penganjur yg dia tak nampak apa pun sebab dah lama tak tilik nasib orang.


selepas event tersebut, hidup Rose dalam bahaya apabila diserang beberapa kali oleh orang tak dikenali. Rose syak Theerut sebab yg Rose tahu Theerut sahaja yg tak puas hati dengannya sebab kes lima tahun yg lepas.

satu lagi sebab setiap kali dia diserang, mesti Theerut muncul padahal Theerut kebetulan ada kat situ. dah nampak kawan tu kena serang takkan nak tengok saja so Theerut pun tolong si Rose ni.

hidup Rose makin bahaya bila dia diserang di kedai dan juga rumahnya. Rose cuba bersembunyi pun mereka masih boleh cari Rose. Rose sedar yg penyerang tu salah seorang yg ditiliknya di event khun Pat. masalahnya siapa antara mereka berlima tu yg nak membunuhnya.


paling tak disangka apabila Theerut offer Rose tinggal dirumahnya lepas Rose dah tak tahu sembunyi di mana lagi. Rose setuju sebab bila dia buat prophecy sekali lagi, dia nampak yg Theerut boleh dipercayai.

Theerut ni walaupun pelakon tapi dah macam part time polis pula dok join member dia siasat kes Rose, bila tinggal rumah sekali tu, Theerut pun mulalah nak flirt dengan Rose, makin lama dari benci dah jadi sayang.


niat sebenarnya Theerut nak gunakan Rose untuk tangkap penjenayah iaitu Auyachai yg telah menyebabkan adiknya, Ran mengandung dan menghilangkan diri. bila disiasat Auyachai ni dah jadi anak buah salah seorang suspek yg cuba serang Rose.

tapi itulah bila dah tinggal sekali, dari benci dah bertukar jadi tersuka. Theerut kalau boleh tak nak bahayakan nyawa Rose dah cuba sedaya upaya lindungi Rose daripada bahaya.

sebenarnya kan orang jahat dalam drama ni aku rasa bodoh pun ada juga. Rose cuba boleh tilik nasib tapi masing-masing gelabah teruk takut Rose nampak rahsia mereka. penjahat dalam drama ni bukan seorang tapi ramai dan antara mereka berlima tu, masing-masing ada motif sendiri untuk serang Rose.


Kacha ni kawan baik Theerut dan juga polis yg menyiasat kes Rose. kerja Kacha jadi mudah bila Theerut banyak tolong siasat kes Rose sampai dia siap perlu suruh Theerut berhenti berlakon dan jadi polis.

Kacha juga dah lama simpan perasaan pada adik Theerut iaitu Ran sejak zaman sekolah lagi tapi kesian juga sebab Ran tak pernah nampak dia. 


Paul dah lama suka pada Rose tapi Rose anggap dia tak lebih daripada kawan. Kratai pula kawan Theerut dan Kacha sejak kecil lagi dan sekarang dia jadi trainee di hotel milik Paul.

mereka dua selalu tolong Rose dan Theerut tapi bila dah selalu melekat bersama, mereka pun saling jatuh cinta. Paul pun boleh terima yg jodoh dia bukan dengan Rose.


Rawee ni sebenarnya anak buah Theerut tapi nak tutup gosip buruk, Theerut bagitahu yg Rawee anak angkat keluarganya. hubungan Rawee dan Theerut sangat rapat.

seriusly geram giler tengok budak kecil ni, dah la comel pastu pandai cakap dan berlakon. jarang dalam drama pelakon kanak-kanak diberi dialog yg panjang tapi Rawee ni nampak tak ada masalah dengan dialognya yg panjang. walaupun scene dia tak banyak tapi part dialah yg paling tak sabar nak tengok.


my favourite sudah tentulah Jirayu dan Ice, masing-masing bawa watak mereka dengan baik sekali. walaupun Theerut awat tu nampak annoying tapi dia seorang yg bertanggungjawab dan cuba protect orang sekeliling. bila part dia flirt dengan Rose, aishh sweet sangat.

Rose pula walaupun nampak naif tapi sebenarnya sangat kuat. bila asyik kena serang mau trauma juga tapi Rose jenis tak nak tunduk dan duduk saja. Rose cuba bantu Kacha dan Theerut untuk mencari penjenayah sebenar. 

drama ni kat hujung-hujung sahaja baru fokus dekat couple yg ada ni. dari awal Payakorn Sorn Ruk lebih fokus pada penyiasatan. menarik juga layan sebab dari awal misteri juga nak tahu siap penjahat sebenar. seorang demi seorang, daripada rahsia yg nampak biasa-biasa sampailah membongkar satu kes jenayah besar. pendek cakap setiap orang ada motif tersendiri.

5 comments:

  1. ala.. kesiannya ros diguna kan mcm tu... hancur hati...

    ReplyDelete
    Replies
    1. niat awal je camtu, bila dah sayang takkan nak biar orang tu dalam bahaya :)

      Delete
  2. menariknyaaaa, tapi nak tengok drama thai ni alahai payah sikit... tapi tengok both lead macam kuat je chemistry

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes both lead memang best. try la tengok drama thai..hehe

      Delete