Tajuk : Ara
Produksi : Padi Picture Sdn Bhd
Pengarah : Tam Suhaimi
Saluran : TV3
Masa Tayangan : 26 Mei 2020
Pelakon : Mimi Lana, Adam Lee, Hafidz Roshdi, Ruhanies, Aida Aris,
Josiah Hogan, Fatin Afifah
Ara (Mimi Lana) seorang personaliti TV untuk program terkenal berjumpa dengan ibu Arman selepas setahun mereka bercinta. Puan Adibah (Aida Aris) senang untuk menerima kehadiran Ara ke dalam keluarganya walaupun mengetahui Ara dibesarkan di rumah anak yatim.
kebetulan pula pembantu peribadi Puan Adibah iaitu Raudhah (Ruhanies) pernah buat intern sekejap kat tempat Ara, Puan Adibah nak tahu tentang Ara melalui Raudhah. konflik terjadi apabila Raudhah buat cerita buruk mengenai Ara sampai Puan Adibah dan Arman percaya. padahal Raudhah ni bukan rapat sangat pun dengan Ara.
hidup Ara benar-benar diuji kerana fitnah yg dibuat Raudhah. Arman dan Puan Adibah tak dapat terima Ara siap menghina lagi, wartawan dan netizen juga turut kecam Ara. malah Ara juga kena tukar position daripada host program jadi wartawan lokasi.
geram tau dengan perangai manusia dalam telefilem ni, semuanya terlalu cepat menghukum, langsung tak nak dengar penjelasan Ara tentang hal yg sebenar. selepas kejadian tersebut, Ara berazam untuk berubah menjadi lebih baik tapi bukan mudah sebab orang masih lagi judge walaupun Ara sudah berhijab.
suatu hari, Ara mendapat job untuk interview seorang pendakwah bebas bernama Taufik (Hafidz Roshdi) tapi Ara tidak suka dengan atitude Taufik. iyelah ustaz ni selalu mengelak daripada interview, lepas tu cakap pun tak nak pandang muka perempuan.
then Ara tersedar, dia tak suka dengan sikap yg suka melabel orang sesuka hati tapi dia buat benda yg sama pada Taufik. Ara belajar untuk jadi lebih baik dan daripada Taufik juga Ara dapat belajar tentang banyak perkara.
Telefilem Ara ini bukan tentang kisah cinta tapi cerita ni sangat menarik untuk ditonton dan penuh pengajaran. walaupun Ara diuji dengan banyak benda tapi kalau kita bersabar dan berserah kepada Allah, pasti segala urusan kita akan dipermudahkan-Nya. orang yg kuat juga ialah orang yg dapat menguasai dirinya ketika marah. nice ending walaupun nampak simple sangat.