Review Telefilem: Saka Viral (TV3)

Saka Viral (TV3)

Tajuk : Saka Viral
Saluran : TV3/Youtube
Masa Tayangan : 24 Mei 2020 | 4.00 Petang
Pelakon : Azlee Khairi, Elvina Mohamad, Kazar, Talha Harith,
Syazwan Zulkifli, Issey Fazlisham, Liza Abdullah

Review Telefilem: Saka Viral (TV3)

Saka Viral mengisahkan Azmi yg tidak gemar dengan perangai teman wanitanya yg ketagih dengan smartphone dan selalu bergaduh. Azmi mahu menyelamatkan hubungan mereka dengan berjumpa bomoh tapi teman wanitanya tidak bersetuju lalu mereka bergaduh sehingga kereta dipandu Azmi terbabas.


Mael pula bekerja di sebuah syarikat tapi sangat aktif membuat review produk walaupun pada waktu pejabat. Mael yg terlalu taksub dengan smartphone menyebabkan hubungannya dengan Maria putus kerana gadis itu bakal berkahwin dengan lelaki pilihan keluarganya.

tak tahu siapalah pelakon yg pegang watak Maria, drama ni dari awal dah nampak kelakar tapi spoil juga bila dia terlebih emo marahkan Mael. nasib baik muncul satu scene je, rimas dengar suara dia yg memetir itu.


Mael kononnya ok sahaja lepas putus dengan Maria tapi pada malam tersebut dia terjumpa dengan Nani yg tengah frust lepas putus dengan boyfriend. mulanya nak tolong pujuk Nani tapi Mael pula yg meraung dengan perpisahan dia. scene ni paling lawak, penat gelak dengar Mael nyanyi lagu Kita Serupa.

so start sesi meluah perasaan itu, Mael dan Nani makin rapat dan selalu keluar bersama. masalahnya sejak berkawan dengn Nani, Mael selalu rasa macam ada orang follow dan perhatikan dia. serammm~


ingatkan orang muda saja yg sibuk dengan media social tapi orang tua pun bukan main cari isu untuk viral. ayah Mael ni kaki tik tok. seriusly aku tak boleh tengok muka pacik Kaza ni dok buat video viral, adoyai ditambah pula dengan syazwan pula terus jadi penambah rasa scene kelakar dalam telemovie ni.

ayah Mael marah bila tahu Maria kahwin dengan orang lain. apalagi terus Mael kena seru balik kampung.


Mael pula bawa sekali Nani balik kampung lagi malangnya ayah Mael tak suka Nani sebab dia masih lagi berharap Maria jadi menantunya. sejak Nani datang ke rumahnya, ayah Mael pun dah mula kena kacau dan tuduh Nani bela saka.

Persoalannya, Siapa Nani ni sebenarnya? betul ke Nani ni bela saka dan apa kaitan pula dengan Azmi?

Review Telefilem: Saka Viral (TV3)

telefilem ni memang kelakar, bukan sahaja sebab Kazar tapi Elvina dan Azlee pun boleh tahan lawak, suka dengar Azlee bercakap dalam loghat Perak. 

walaupun drama ni pasal saka tapi tak seram sangat. tok bomoh dalam cerita ni pun bukan main advance siap ada apps sendiri nak selesaikan masalah mistik ni. pengajarannya jangan terlalu taksub dengan media sosial dan jangan setiap kali ada masalah kau sibuk cari bomoh. tok bomoh pun boleh mati sakit jantung tau bila kena kacau dengan saka ni.

6 comments:

  1. Halamak.. terlepas. Ermm

    ReplyDelete
  2. okay x tertengok pun ahahha

    ReplyDelete
  3. Dah balik rumah. Tak ada tv. Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada tv pun tak rajin nak tengok aien. ini pun tengok sebab ternampak di youtube..haha

      Delete
  4. Macam kelakar.. nanti nak try tengok sebab telefilem kan.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang kelakar kak sha lagipun cite dia pendek je :)

      Delete